Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lagu Rentak Pop Dangdut 'Jalan Duta' Taruhan Terbaharu Erin CTJ

Erin bersyukur 'Jalan Duta' mendapat respons positif peminat dari Indonesia dan berharap lagu ini diterima baik pendengar dan stesen radio tempatan.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 4:34PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi kelahiran Johor, Erin CTJ bukan baru dalam industri hiburan tanah air. Sejak memilih menjadikan bidang nyanyian sebagai karier dan cinta pertamanya, Erin tidak pernah menoleh ke belakang lagi. 

Walaupun namanya belum lagi meniti di bibir pencinta muzik Malaysia, Erin atau nama sebenarnya, Siti Erin Syaheera Jamaluddin ini tidak pernah merasa terbeban bahkan sentiasa bersemangat untuk menghasilkan karya terbaik buat pendengar.  

Tahun lalu, gadis yang juga merupakan bekas peserta pertandingan nyanyian D’Academy Asia 2019 ini pernah hadir dengan lagu berentak rock dangdut berjudul 'Arjuna'. Kini, Erin keluar daripada kebiasaan dan menukar laluan dengan merakamkan sebuah lagu baharu bergenre pop berunsur dangdut buat pertama kalinya dengan tajuk 'Jalan Duta'. 

Rezeki buat Erin, lagu 'Jalan Duta' telah diberikan kepadanya oleh seorang komposer ternama tanah air yang sentiasa menjadi perhatian ramai iaitu Ezra Kong  dan A. Ramlee. 

“Awalnya saya ingatkan tawaran itu hanya gurauan daripada pihak pengurusan. Namun, sebulan selepas itu Ezra Kong sendiri menghubungi saya menyatakan hasratnya untuk memberikan lagu 'Jalan Duta'. 

“Saya sangat gembira dan teruja memandangkan ini merupakan kali pertama saya menyanyikan lagu genre sebegini,” katanya ketika dihubungi Getaran baru-baru ini. 

Bekerja dengan nama besar seperti Ezra Kong, Erin menyifatkan ia pengalaman yang bermakna apalagi mereka sering bertukar pendapat dan komposer itu tidak lokek berkongsi ilmu tentang cara nyanyian terbaik untuk lagu 'Jalan Duta'.

“Dia sangat bersahaja orangnya. Masih segar di ingatan semasa proses rakaman berlangsung, saya menjawab satu panggilan telefon. Selepas itu, Ezra memandang saya dan meminta saya menyanyikan lagu 'Jalan Duta' menggunakan suara semasa saya berbual tadi. Rupanya, ada teknik tertentu bagi menyanyikan lagu berentak pop seperti ini,” ceritanya yang pernah menyertai pertandingan nyanyian Bintang Kecil anjuran RTM pada 2014.

Jalan Duta merupakan nama sebuah jalan raya terkenal di Kuala Lumpur. Lagu ini mengisahkan tentang percintaan yang baru berputik setelah sekian lama berkenalan dan masih ada perasaan segan silu setiap kali pasangan itu berjumpa.

“Setakat ini, saya menerima respons baik daripada pendengar terutama peminat di Indonesia. Rata-rata merasakan lagu ini sangat sesuai dengan perwatakan saya,” jelasnya yang tidak menolak sekiranya lagu ini mencipta gelombang baharu bagi penggemar muzik dangdut di Indonesia.

Erin berharap lebih ramai lagi yang akan mendengar 'Jalan Duta' dan berharap ia diputarkan oleh stesen radio di Malaysia. Dia juga telah melancarkan sebuah cabaran tarian di TikTok dengan tanda pagar #jalandutachallange.

Video muzik sudah mula dimuat naik pada 6 September lalu dan mencatat 33,000 tontonan.  

Sumber foto: Rusa Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

2

Muzik 4 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Akhirnya Hindia Mendarat, Bawa Representasi Anak Muda

4

Muzik 5 bulan yang lalu

Noah Tidak Pernah Mengecewakan, Lebih 5,000 Peminat Terpukau Saksikan Konsert ‘Terakhir’

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Budaya 8 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 12 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN