web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Like a Bull’ Meraikan Kekuatan Usahawan

Anugerah Golden Bull berkolaborasi dengan penyanyi Namewee dalam menghasilkan lagu tema khas buat acara tersebut.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak pelancarannya lebih dua dekad lalu, Anugerah Golden Bull telah menjadi acara berprestij di Asia yang mengiktirafkan pencapaian para pengusaha kecil dan sederhana.

Anugerah ini bukan sekadar memberi penghormatan kepada barisan pemenang tetapi turut bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pengusaha lain dalam mengejar kecemerlangan perniagaan mereka. 

Majlis anjuran Business Media International kali ini lebih menarik, apabila menyaksikan kerjasama dengan penyanyi dan pengarah filem tempatan, Namewee menghasilkan lagu tema khas berjudul ‘Like a Bull’. 

Lagu tema ini membincangkan tentang pengkhianatan, kegagalan, cabaran dan kegigihan para pengusaha mengatasi segala kesulitan dalam urusan perniagaan masing-masing. 

Penggambaran video muzik lagu tema ini menggunakan konsep medan perang bagi menggambarkan situasi dan perasaan para pengusaha dalam memerangi wabak COVID-19 demi kelangsungan perniagaan. Ia dilakukan di Taiwan dan Malaysia.

Sebagai usahawan, Namewee turut memahami kesulitan yang terpaksa diharungi peniaga dalam memajukan perniagaan masing-masing lebih-lebih lagi pada era pandemik ini. 

"Ya, saya tahu, banyak perniagaan turut menerima tempias apabila tidak dapat beroperasi. Justeru itu, matlamat utama lagu tema ini adalah untuk mendorong para pengusaha untuk kekal bersemangat dan tidak berputus asa di saat-saat sukar.

“Saya juga ingin memberi peringatan supaya tidak berkecil hati ketika berdepan dengan orang yang cuba menjatuhkan kita atau meninggalkan kita bila berada dalam titik gelap kehidupan.

“Lagu ini bertujuan untuk menyalakan semula semangat juang dalam diri. Inilah sebabnya mengapa art direction 'Like a Bull' digambarkan di medan perang. Saya berharap agar liriknya dapat mendorong semua orang untuk melakukan yang terbaik dan jadi lebih kuat mendepani segala dugaan," kata Namawee. 

Mengulas lebih lanjut, Datuk William Ng selaku pengerusi anugerah Golden Bull berkata, ahli perniagaan harus bijak menyusun strategi yang berkesan dalam mengendalikan urusan perniagaan.

"Konsep video muzik ini menggambarkan perjalanan hidup berliku peniaga. Tidak kiralah apa jenis perniagaan sekali pun, kita harus bijak menyusun strategi yang berkesan. 

“Sebelum pandemik ini ramai pengusaha menghadapi tantangan berat untuk mengekalkan perniagaan mereka terutamanya perusahaan kecil dan sederhana. Jadi, apatah lagi sekarang? 

“Dengan pelaksanaan lockdown yang berpanjangan di seluruh dunia, kita boleh lihat hampir separuh daripada perniagaan terpaksa gulung tikar. Oleh demikian, diharapkan lagu ini dapat meniup semangat peniaga agar dapat menyesuaikan diri dengan landskap ekonomi dalam norma baharu ini. Kita yakin, mereka akan jadi dengan lebih kuat daripada sebelumnya. "

Jika anda berminat mengetahui lebih lanjut mengenai acara Anugerah Golden Bull, bolehlah melayari laman web rasmi mereka. - Getaran, 8 September 2021

Semua gambar: Business Media International

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

BERNAMA TV Terima Anugerah The Knights Award 2023

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Anugerah 'Toilet Of The Year 2023' Untuk Tandas Awam Bertaraf BMW - Menteri

4

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN