web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ed Sheeran Berkongsi Berita Gembira Buat Sheerios

Ed Sheeran menmpersembahkan buah tangan terbaharunya yang sarat dengan emosi.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 3:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ed Sheeran akhirnya tampil dengan khabar gembira yang sangat dinantikan-nantikan oleh para peminatnya kala mengumumkan kemunculan album terbaharunya. Buah tangan terbaharu berjudul Equal (=) ini merupakan album pertama yang dihasilkan sejak kolaborasi muziknya pada tahun 2019. 

Ed Sheeran merupakan antara penyanyi antarabangsa yang telah mencipta fenomena di dunia muzik malah karya-karyannya juga banyak mempengaruhi artis generasi semasa. 

Meskipun projek kolaborasinya bersama beberapa artis berjudul 'No. 6 Collaboration' dua tahun lalu agak berlainan daripada imej muziknya, namun dia tetap percaya bahawa seseorang pemuzik tidak akan maju ke hadapan jika hanya duduk di bangku yang sama.

Dijadualkan untuk menemui pendengar pada hujung bulan depan, Ed berkata  album '=' adalah antara rakaman yang paling dekat dan bererti baginya.

“Kehidupan saya banyak berubah sejak kebelakangan ini. Saya berkahwin, menjadi ayah dan mengalami kehilangan orang yang sangat disayangi. 

“Semasa pembikinan album ini, saya banyak merenung kembali perkara-perkara tersebut bagi meluahkan semua emosi yang terbuku dan dipendam selama ini. Pada saya album ini adalah antara album yang paling matang saya hasilkan,” katanya.

Untuk pengetahuan semua, album yang mengandungi 14 buah lagu ini sudah mula dijual secara pra-pesanan melalui laman web rasminya. Malahan dua lagu daripada album tersebut iaitu ‘Bad Habbits’ dan ‘Visiting Hours’ juga telah dikeluarkan terlebih dahulu.

Single 'Visiting Hours' berkongsi cerita tentang bagaimana Ed berdepan dengan kehilangan mentor dan rakan baiknya, Michael Gudinski. Single ini juga ditulis tidak lama setelah pemergiannya. Jadi, tidak hairan jika rentak bunyinya terdengar begitu sedih berbandingkan lagu ‘Bad Habits’. 

“Lagu ini merupakan lagu yang paling sukar untuk ditulis kerana saya merasai kehilangan yang amat besar. Sesungguhnya syurga mempunyai waktu lawatan, saya boleh menjenguknya untuk mendapatkan nasihat hidup,” ujar Ed.

Ed juga turut berkongsi bahawa lagu ini pertama kali dimainkan ketika hadir di acara peringatan atau 'state memorial'  Michael, yang diadakan di Rod Laver Arena, Melbourne, Australia pada 24 March lalu dan dihadiri oleh lebih daripada 7000 orang.

Versi rakaman ‘Visiting Hours’ turut menampilkan suara penyanyi, Kylie Minogue dan Jimmy Barnes, yang merupakan teman dekat Michael Gudinski.

Disamping itu, Ed Sheeran juga berkongsi mengenai album terbaharunya yang bakal tersedia dalam bentuk CD, vinil, dan kaset. Album '=' yang memuatkan 14 lagu ini boleh didengar di semua platform muzik termasuk Spotify, Apple Music, iTunes dan lain-lain bermula 29 Oktober 2021. 

Untuk mengetahui perkembangan terkini Ed Sheeran, anda juga boleh melayari media sosialnya di Instagram dan Twitter. – Getaran, 1 September 2021.

Semua gambar: Warner Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Muzik 10 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 10 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN