web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Indonesia Sambut Dirgahayu Ke-76 Hari Ini

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 4:05PM

Tentera Indonesia mengambil bahagian dalam perarakan menyambut Hari Kemerdekaan Ke-76 di Banda Aceh, hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Indonesia meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-76  secara ringkas hari ini ketika republik itu masih merekodkan peningkatan berterusan kes-kes COVID-19.

Bertemakan "Indonesia Tangguh, Indonesia Tumbuh" (Tough Indonesia, Growing Indonesia), upacara sambutan di Istana Merdeka, Jakarta diadakan dengan protokol kesihatan yang ketat sama seperti tahun lepas.

Indonesia kini mencatatkan lebih 3.8 juta kes positif COVID-19 dan lebih 118,000 kematian.

"Kehadiran tokoh-tokoh pemimpin politik, menteri-menteri Kabinet Indonesia dan tetamu kehormat negara, adalah secara maya.

Menurut Kementerian Sekretariat Negara, lebih 40,000 peserta berdaftar menerusi laman https://pandang.istanapresiden.go.id bagi mengikuti upacara sambutan berkenaan secara maya dan turut disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan.

Hanya 67 individu termasuk Presiden Indonesia Joko Widodo yang hadir menyertai sambutan di Istana Merdeka.

Upacara bermula pukul 10 pagi waktu Indonesia barat dengan pembacaan Proklamasi Kemerdekaan oleh Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (Parlimen Indonesia) Puan Maharani, dan upacara menaikkan bendera Merah Putih. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad