web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tentera Thailand Sediakan Pengebumian Percuma Mangsa COVID

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 8:11AM

Seorang anggota tentera berkawal di daerah Muang, di Narathiwat. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Berikutan jumlah kematian COVID-19 terus meningkat, Tentera Diraja Thai (RTA) menyediakan perkhidmatan pengebumian percuma untuk membantu meringankan beban waris yang kehilangan ahli keluarga akibat COVID-19.

Penolong Jurucakap Tentera Darat Kapten (Kor Tentera Wanita) Kannanat Phornnipatkul berkata anggota tentera yang terbabit dengan perkhidmatan itu telah dilatih untuk memastikan proses pengebumian mangsa COVID-19 dijalankan dengan selamat. 

Peranan tentera dilihat penting memandangkan jumlah korban terus meningkat terutama di Bangkok dan wilayah berhampiran, apatah lagi ketika banyak kematian mengejut dilaporkan berlaku di rumah atau tempat awam, katanya.

"RTA akan urus bermula daripada proses memindahkan mayat hinggalah kepada pengebumian di krematorium RTA.

"Sehingga kini, RTA telah menguruskan 592 kes sejak tiga bulan lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

RTA menyediakan perkhidmatan pengebumian di empat krematorium RTA di Bangkok dan satu di Nakhon Ratchasima sejak Mei tahun ini.

Angka kematian COVID-19 Thailand hari ini melebihi 5,000. Sepanjang 24 jam, Thailand mencatat 178 kematian menjadikan jumlah korban keseluruhan kepada 5,168.

Thailand juga mencatat 17,970 kes baharu dalam tempoh yang sama, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan setakat ini sebanyak 633,284.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata, kematian baharu itu melibatkan 94 wanita dan 84 lelaki berusia antara 17 hingga 94 tahun termasuk lima warga Myanmar dan dua rakyat China.

"Lima orang termasuk dua di Bangkok dan masing-masing seorang di Pathum Thani, Roi Et dan Suphan Buri meninggal dunia di rumah," katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Daripada 17,970 kes baharu, Dr Apisamai berkata 17,959 adalah jangkitan tempatan dan 11 kes import. - Bernama

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad