web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jemaah Mula Mengerjakan Ibadah Haji Berskala Kecil Buat Kali Kedua

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 7:23PM

Jemaah haji melakukan tawaf mengelilingi Kaabah. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Jemaah memulakan ibadah haji di kota suci Makkah hari ini di mana Arab Saudi membenarkan ia dilakukan dalam skala yang lebih kecil buat tahun kedua berturut-turut kerana wabak coronavirus.

Arab Saudi hanya membenarkan 60,000 warga negara dan penduduk negara itu yang telah divaksin sepenuhnya untuk mengambil bahagian dalam ibadah tahun ini.

Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding himpunan jemaah yang mengunjungi Makkah ketika keadaan normal, di mana ia menarik sekitar 2.5 juta orang ke kota suci itu.

Sejak semalam, kumpulan jemaah telah mengerjakan tawaf di Masjid al-Haram, mengelilingi Kaaba.

Selepas itu, jemaah bergerak ke Mina di mana mereka akan bermalam di sana.

“Sejumlah 46,000 jemaah telah sampai di Mina.

“Jumlah kaum hawa yang mengambil bahagian dalam ibadah haji tahun ini melebihi 40 peratus,” kata Timbalan Menteri Haji dan Umrah Abdelfattah bin Suleiman Mashat kepada AFP pada pagi Ahad.

Mina berada di lembah yang sempit dikelilingi oleh gunung batu, dan ia bertukar setiap tahun menjadi tapak perkhemahan jemaah haji.

“Pasukan kesihatan awam sedang memantau status kesihatan para jemaah sepanjang masa setibanya mereka di Makkah,” kata Sari Asiri, pengarah bahagian haji dan umrah di Kementerian Kesihatan.

Sesiapa yang dikesan dijangkiti COVID-19 akan dibawa ke fasiliti pengasingan, tambahnya.

Di kemuncak ibadah haji, para jemaah akan mendaki Gunung Arafat pada Isnin.

Juga dikenali sebagai “Gunung Rahmat”, ia adalah lokasi di mana Nabi Muhammad menyampaikan khutbah terakhir baginda.

Selepas turun hari berikutnya, mereka akan mengutip batu untuk melontar Jamrah.

Ibadah haji, kebiasaannya satu daripada perhimpunan keagamaan terbesar di dunia, adalah satu daripada lima Rukun Islam dan para Muslim mesti mengerjakannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.  

Ibadah tahun ini lebih besar berbanding tahun lepas tetapi jauh lebih kecil berbanding waktu normal, menimbulkan rasa tidak puas hati kepada para Muslim di luar negara yang tidak dibenarkan untuk mengerjakannya sekali lagi.

Mereka yang mengambil bahagia tahun ini di pilih daripada 558,000 pemohon melalui sistem pemeriksaan dalam talian, dan ia dibuka hanya kepada dewasa yang berusia 18-65 tahun, sudah divaksin sepenuhnya dan tiada penyakit kronik, mengikut Kementerian Haji. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 12 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad