web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sebahagian Besar Bukti Mengenai UFO Tidak Dapat Dijelaskan - Laporan Risikan AS

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 2:06PM

Imej dari tangkap layar video ini diperolehi pada 26 April 2020, milik Jabatan Pertahanan AS yang dirakamkan oleh juruterbang Tentera Laut. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Laporan daripada risikan Amerika Syarikat (AS) mengenai puluhan objek terbang yang tidak diketahui dan menjadi misteri, mendedahkan bahawa kebanyakannya tidak dapat dijelaskan.

Namun ia tidak menolak kemungkinan objek-objek terbabit mungkin adalah kapal angkasa makhluk asing.

Laporan yang tidak diklasifikasikan itu menyebut, penyelidik hanya dapat menjelaskan hanya satu daripada 144 penampakan objek UFO oleh pegawai dan sumber pemerintah AS antara tahun 2004 dan 2021, ketika mereka melakukan aktiviti latihan ketenteraan.

18 daripadanya, yang dilihat daripada pelbagai sudut, memperlihatkan pergerakan atau ciri penerbangan yang luar biasa dan mengejutkan mereka yang menyaksikannya, seperti menahan angin kencang pada kelajuan tertentu dan bergerak dengan kelajuan yang ekstrim tanpa alat dorongan, kata laporan berkenaan.

Sebahagian daripada 144 penampakan itu juga mungkin dijelaskan oleh objek seperti burung atau dron yang mengganggu radar juruterbang atau fenomena atmosfera semula jadi.

Lain-lain mungkin ujian pertahanan AS, atau teknologi terkini yang tidak diketahui yang dicipta oleh Rusia atau China.

Penampakan tersebut seperti yang disebut dalam laporan itu dirujuk sebagai fenomena udara yang tidak dikenali (UAP) dan  "mungkin kekurangan satu penjelasan," kata laporan dari pejabat Pengarah Perisikan Nasional.

"Kami kekurangan maklumat atau set data mengenai insiden berkenaan untuk penjelasan khusus.''

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut tentang kemungkinan - atau mengetepikan - bahawa beberapa objek yang dilihat itu mungkin mewakili kehidupan lain. 

Risikan dan tentera telah menjalankan penyelidikan terhadap perkara itu sebagai potensi ancaman.

"UAP jelas menimbulkan masalah keselamatan penerbangan dan boleh mencetuskan ancaman kepada keselamatan AS, " kata laporan itu.

Sebilangannya mungkin operasi mengumpul risikan oleh pesaing AS atau mewakili teknologi lain yang begitu maju sehingga tidak dimiliki oleh tentera Amerika Syarikat.

Laporan itu dibuat setelah ramai juruterbang tentera serta video radar merekodkan penampakan objek terbang secara aneh tanpa penjelasan hingga menjadi perhatian ramai.

Ia menekankan bahawa juruterbang dan pesawat mereka tidak mempunyai kelengkapan yang lengkap untuk mengenal pasti objek luar biasa berkenaan.

Hanya satu daripada 144 insiden objek terbang itu dapat dijelaskan iaitu ia adalah belon besar, yang mengempis di udara.

Laporan sembilan halaman itu dikeluarkan pada Jumaat, namun ia tidak membincangkan insiden berkenaan dengan khusus.

Ia adalah laporan versi umum manakala versi yang lebih terperinci diberikan kepada Jawatankuasa Tentera dan Risikan untuk Kongres.

Dalam pada itu, pengerusi Jawatankuasa Risikan Senat, Mark Warner, berkata laporan mengenai penampakan UFO itu meningkat sejak 2018.

'Laporan hari ini yang agak tidak meyakinkan dan hanya menandakan permulaan kepada usaha untuk memahami dan menerangkan apa yang menyebabkan risiko kepada penerbangan di banyak kawasan di seluruh negara dan dunia,'' kata Warner dalam satu kenyataan.

"Amerika Syarikat perlu memahami dan mengurangkan ancaman terhadap juruterbang kita, sama ada dari dron atau belon cuaca atau kemampuan risikan  musuh," kata Warner. - AFP

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad