web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Israel Bedil Gaza, Cabul Gencatan Senjata

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 10:30AM

Gambar menunjukkan peluru berpandu Israel yang dilancarkan semalaman ke atas Gaza, ketika gencatan senjata dilaksanakan. - Gambar dari twitter Qud News Network

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tentera Zionis melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza, awal pagi tadi dengan kawasan sasaran adalah bandar Beit Lahia dan Khan Yunis. Sasaran serangan adalah di kawasan pejuang Hamas.

Jet tentera Israel turut dilaporkan mengebom kawasan pertanian yang kosong di kem Jabalia yang terletak di utara Gaza.

Ia merupakan serangan kali kedua sejak gencatan senjata yang diusahakan Mesir, diisytiharkan pada 21 Mei lalu.

Setakat ini tiada pengumuman dari Kementerian Kesihatan Palestin mengenai jumlah yang cedera dalam serangan terbaru ini.

Proses gencatan senjata telah dilaksanakan selepas 11 hari serangan Israel ke atas Gaza, yang bermula pada 10 Mei lalu.

Serangan itu mengakibatkan 279 penduduk Palestin terkorban termasuk 69 kanak-kanak dan 40 wanita.

Ia juga menyebabkan 1,910 penduduk Palestin cedera manakala lebih 90,000 penduduk hilang tempat tinggal.

Sepanjang serangan 11 hari itu, pusat kesihatan, pejabat media, bangunan kediaman dan sekolah menjadi sasaran. - Qud News Network

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad