web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Letupan Meteor Di Ruang Udara New England Cetus Dentuman Sonik Bersamaan 300 Tan TNT

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2026 12:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebutir meteor yang melintasi ruang udara di timur laut Amerika Syarikat meletup di atas kawasan New England pada 30 Mei lalu, menghasilkan dentuman sonik kuat dan mengejutkan penduduk setempat dengan tenaga letupan dianggarkan bersamaan 300 tan bahan letupan TNT.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), bola api itu terurai pada kira-kira jam 2.06 petang waktu tempatan di ruang udara timur laut Massachusetts dan tenggara New Hampshire, selepas memasuki atmosfera Bumi pada kelajuan sekitar 120,700 kilometer sejam.

Timbalan Ketua Berita NASA, Jennifer Dooren berkata, kejadian itu berpunca daripada meteor semula jadi dan bukan serpihan angkasa atau satelit yang memasuki semula atmosfera Bumi.

“Bola api ini tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana hujan meteor yang sedang aktif. Ia merupakan objek semula jadi dan bukannya serpihan angkasa atau satelit,” katanya seperti dilaporkan AFP.

Meteor berkenaan dilaporkan berpecah pada ketinggian kira-kira 64 kilometer dari permukaan Bumi, sekali gus melepaskan sejumlah besar tenaga dan menghasilkan gelombang kejutan serta dentuman yang dapat didengari di kawasan yang luas.

Menurut Dooren, tenaga dibebaskan ketika meteor itu berpecah dianggarkan bersamaan kira-kira 300 tan TNT, sekali gus menjelaskan punca dentuman kuat yang dilaporkan oleh penduduk.

Penduduk di beberapa kawasan di Massachusetts dan New Hampshire melaporkan terdengar bunyi letupan yang kuat selain merasai gegaran sehingga menggegarkan kediaman mereka.

Kejadian itu turut mencetuskan perbincangan meluas di media sosial, apabila ramai pengguna berkongsi pengalaman masing-masing dan cuba mendapatkan penjelasan mengenai punca gangguan yang berlaku secara tiba-tiba.

Walaupun fenomena meteor  memasuki atmosfera Bumi bukanlah sesuatu luar biasa, kejadian yang menghasilkan dentuman sonik sekuat itu jarang berlaku, dan berpotensi menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk di sepanjang laluan pergerakannya.

NASA mengesahkan, meteor tersebut tidak mempunyai kaitan dengan sebarang hujan meteor yang sedang aktif dan menegaskan bahawa objek itu berasal dari angkasa lepas sebelum hancur di atmosfera pada altitud tinggi. - AGENSI

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Rundingan, DAP Melaka Sudah Hantar Surat Peletakan Jawatan - Ab Rauf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad