web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua WHO Sahkan Tiada Kematian Baharu Akibat Wabak Hantavirus Sejak 2 Mei

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2026 9:04AM

Tedros Adhanom Ghebreyesus - Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GENEVA -  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan pada Rabu bahawa tiada kematian baharu akibat wabak hantavirus yang dikaitkan dengan kapal persiaran dilaporkan sejak 2 Mei lalu, manakala risiko kesihatan awam global kekal rendah.

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata menerusi hantaran di platform X bahawa sebanyak 11 kes telah dilaporkan kepada agensi itu setakat 12 Mei, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Tedros, lapan daripada kes berkenaan telah disahkan melalui ujian makmal sebagai jangkitan disebabkan virus Andes.

Strain yang menyebabkan wabak kali ini iaitu virus Andes juga boleh merebak antara manusia melalui kontak rapat secara berpanjangan, khususnya dalam ruang tertutup.

Beliau berkata satu lagi kes masih menjalani ujian makmal lanjut.

"WHO terus menilai risiko kepada populasi global sebagai rendah," kata Tedros.

Agensi berkenaan terus berhubung rapat dengan pakar dari semua negara terlibat serta menerima laporan kesihatan mingguan berkaitan penumpang dan kru menerusi saluran rasmi Peraturan Kesihatan Antarabangsa.

Menurut Tedros, usaha penyelarasan antarabangsa masih diteruskan bagi menyokong langkah melindungi kesihatan awam. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

2

Luar Negara 4 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

4

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran