web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


24 Pekerja Kilang Haram Maut Di Magribi

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2021 1:38PM

Pasukan penyelamat berkumpul di tapak kejadian banjir bawah tanah di kilang tekstil di Tangiers pada 8 Februari. Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RABAT: Sekurang-kurangnya 24 pekerja sebuah kilang tekstil haram bawah tanah maut selepas hujan lebat menyebabkan kawasan berkenaan ditenggelami air di bandar Tangiers di Magribi.

Pasukan penyelamat menemui mayat pekerja terbabit di bahagian bawah tanah dan berjaya menyelamatkan 10 yang lain. Operasi mencari masih diteruskan.

Mangsa maut termasuk 17 wanita, berusia antara 20 hingga 40 tahun, demikian menurut seorang wartawan tempatan yang dihubungi oleh AFP.

Dalam pada itu, satu inkuiri telah dilancarkan bagi menentukan punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab.

Dianggarkan lebih separuh operasi pengeluaran tekstil dan kulit di negara terbabit tidak berlesen dan gagal memenuhi piawaian yang ditetapkan.

``Bagaimana berpuluh-puluh pekerja memasuki garaj bangunan selama bertahun-tahun, tanpa disedari oleh pihak berkuasa,'' tanya kumpulan pemantau dan hak asisi di negara itu.

Menurut Majlis Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar (CESE), sebanyak 2,000 kematian dilaporkan setiap tahun melibatkan kemalangan di tempat kerja.

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar