web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Israel Kembali Lancar Serangan Terhadap Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2024 1:25PM

Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZA - Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera, menurut sumber tempatan.

Pasukan penyelamat Palestin memaklumkan serangan bom di Rafah mengorbankan satu nyawa dan mencederakan ramai lagi, lapor Agensi Anadolu.

Menurut saksi, tentera Israel mengebom berpuluh-puluh kediaman, manakala unit artileri terus membedil kawasan kejiranan sejak awal selasa.

Sementara itu, Hospital Martir Al-Aqsa di Deir al-Balah melaporkan 13 mangsa maut dan ramai lagi cedera terutama wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber Hospital Al-Ahli Baptist, serangan dron Israel di Jalan Sahaba di Gaza pula membunuh dua rakyat Palestin manakala seorang lagi cedera.

Hospital Gaza Eropah pula melaporkan dua rakyat Palestin maut akibat pengeboman di bandar Khuza’a di timur Khan Younis.

Menurut saksi, rejim Israel terus menyerang kebanyakan kawasan di Rafah, terutamanya di kejiranan Tel al-sultan di bahagian barat bandar itu sejak pagi selasa.

Sejak 7 Oktober 2023, serangan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kematian 37,372 orang dan mencederakan 85,452 yang lain. - BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad