web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 8:51AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUBAI - Ketua Pegawai Operasi (COO) Lapangan Terbang Dubai, Majed Al Joker mengumumkan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) akan kembali beroperasi seperti biasa dalam tempoh 24 jam, menandakan kembalinya kapasiti penuh dan jadual biasa.

Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).

Menekankan keselamatan penumpang sebagai keutamaan, Al Joker berkata, usaha kerjasama antara pasukan lapangan terbang, rakan kongsi dan syarikat penerbangan berjaya memastikan keadaan kembali normal dan memudahkan pengembara yang terjejas.

Mengenai usaha yang dilakukan sejak beberapa jam dan hari yang lalu, Al Joker menekankan bahawa pasukan tindak balas dan kecemasan lapangan terbang, pelbagai jabatan, rakan strategik dan syarikat penerbangan telah bekerja keras menyelaraskan usaha untuk memulihkan keadaan serta membantu penumpang dan pelanggan yang terjejas.

Beliau juga menyatakan bahawa entiti yang sudah bekerja dan masih berusaha untuk memulihkan keadaan termasuk pelbagai jabatan swasta dan kerajaan serta entiti dari dalam dan luar lapangan terbang.

Selain itu, katanya, komunikasi berterusan dengan penumpang untuk memenuhi keperluan seperti penjadualan semula penerbangan atau tempahan semula serta hidangan ringan.

Lapangan Terbang Dubai turut memuji kakitangan yang berdedikasi dalam memastikan keselesaan dan keselamatan pelanggan serta mengucapkan terima kasih kepada pelawat yang memahami keadaan getir itu. - BERNAMA-WAM

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad