web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Kedai Roti Kembali Beroperasi Di Gaza Dengan Bantuan PBB

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2024 1:02PM

Gambar - REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEL AVIV - Tiga kedai roti di Bandar Gaza kembali beroperasi pada Ahad dengan bantuan Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut laporan saksi, ribuan orang hadir untuk membeli makanan sejurus selepas pengumuman dibuat bahawa roti akan dijual di kedai roti itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Serangan udara Israel telah memusnahkan banyak kedai roti di bandar itu dan menurut sumber Palestin, WFP kini telah membekalkan gas dan membaiki mesin membuat roti untuk membolehkan pembakaran roti disambung semula.

Pegawai Palestin berkata terdapat kira-kira 140 kedai roti di Semenanjung Gaza yang membekalkan majoriti penduduk dengan roti.

Israel berdepan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk membenarkan lebih banyak bekalan bantuan kemanusian masuk ke semenanjung yang disekat itu.

Pertubuhan bantuan menggambarkan situasi itu sebagai kritikal dan mengatakan lebih daripada sejuta orang berisiko mengalami kebuluran.

Lebih 33,000 orang terbunuh di Gaza sejak meletusnya perang pada 7 Oktober lepas, menurut pegawai kesihatan di wilayah pimpinan Hamas.

Ketua Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) percaya bahawa kebuluran sudah berlaku di bahagian Semenanjung Gaza.

Klasifikasi rasmi sebagai kebuluran bermakna sekurang-kurangnya 20 peratus penduduk terjejas oleh kekurangan makanan yang melampau.

Di samping itu, sekurang-kurangnya satu daripada tiga kanak-kanak mengalami malnutrisi akut. - BERNAMA-dpa

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad