web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura Beri Kerjasama Dalam Siasatan Jambatan Runtuh Di AS

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2024 8:28AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan memberi kerjasama penuh kepada Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) bagi menjalankan siasatan selepas sebuah kapal yang berdaftar di Singapura melanggar jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland.

Agensi itu berkata, ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira- kira 1.30 tengah hari waktu tempatan pada Selasa.

"MPA berhubung dengan Pengawal Pantai AS dan syarikat pengurusan kapal untuk memberikan bantuan yang diperlukan," menurutnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, menurut pengendali kapal Synergy Marine Group dalam satu kenyataan, kesemua kru warga India selamat dan tiada kecederaan serta insiden pencemaran dilaporkan.

Kapal kontena berkapasiti 10,000 TEU (unit bersamaan 20 kaki) itu yang membawa 4,679 TEU kontena sedang dalam pelayaran ke Colombo, Sri Lanka.

Menurut laporan media antarabangsa, darurat telah diisytiharkan di Maryland berikutan insiden yang menyaksikan jambatan Francis Scott Key runtuh, mengakibatkan beberapa kenderaan terhumban ke dalam Sungai Patapsco.

Seramai 20 mangsa dipercayai berada di dalam sungai itu bersama banyak kenderaan, lapor Reuters. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Lelaki Maut Dibawa Arus Banjir Di Kluang

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad