web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Netizen Kecut Perut Tengok Kolam Terapung Pertama Di Dunia

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 2:01PM

Sky Pool, kolam renang yang dibina terapung antara dua bangunan pangsapuri di barat daya London. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ia digelar kolam terapung pertama di dunia. Dinamakan sebagai Sky Pool, kolam  yang tergantung antara dua bangunan percakar langit di Nine Elms, Vauxhall di barat daya London ini dibuka pada 19 Mei lalu.

Namun bukan semua orang boleh berenang di dalam kolam kaca ini kerana ia hanya untuk penduduk yang menetap di kawasan apartment Embassy Gardens dan tetamu mereka sahaja.

Kolam lutsinar ini umpama terapung di udara pada ketinggian 82 kaki antara dua bangunan. Bagi penduduk dan tetamu mereka yang berenang di situ, ia umpama berenang di celah awan serta menikmati pemandangan menarik London Eye dan Parlimen.  Ia juga merupakan salah satu kawasan paling elit di London.

Sky Pool ini mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan dengan konsepnya pertama kali diperkenalkan pada 2013.

Kolam terapung ini bagaimanapun tidak dibuka kepada orang ramai. - Gambaf AFP
Kolam terapung ini bagaimanapun tidak dibuka kepada orang ramai. - Gambaf AFP
Bukan semua orang berani untuk berenang di kolam terapung ini, ramai yang kecut perut melihat sekeliling. - Gambar AFP
Bukan semua orang berani untuk berenang di kolam terapung ini, ramai yang kecut perut melihat sekeliling. - Gambar AFP

Embassy Gardens dalam Instragramnya menyatakan:

``Kami gembira melihat semua gambar-gambar dan video Sky Pool yang anda kongsikan.

Menurut Embassy Gardens, kolam itu boleh mengisi 148,000 liter air dan dibina oleh jurutera struktur, Eckersley O'Callaghan serta direka oleh HAL Architects.

Bagaimanapun netizen berbeza pendapat mengenai kolam renang itu. Ada yang mahu mencubanya, tidak kurang pula yang kecut perut memikirkan ketinggiannya. - NDTV

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad