Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Isu Hak Kanak-Kanak Lahir Di Luar Malaysia Sedang Ditangani Oleh Kerajaan - PM

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2024 8:00AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa isu berkaitan hak kanak- kanak yang lahir di luar Malaysia sedang ditangani oleh kerajaan.

Beliau berkata, Kabinet telah bersetuju untuk membawa usul mengenai pindaan terhadap Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak-hak kewarganegaraan bagi kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia ke Parlimen bulan ini.

"Sila ikuti perkembangan di tanah air... soalan anda telah diambil alih oleh peristiwa semasa. Kabinet telah bersetuju untuk membawa perkara itu ke Parlimen bulan ini," katanya ketika menjawab soalan pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di sini.

Anwar berkata, pindaan terhadap Perlembagaan berhubung perkara itu akan menoktahkan isu tersebut.

"Ketika ini, ibu bapa membawa maksud bapa. Kami akan memindanya supaya ibu bapa bermaksud ibu atau bapa," kata Perdana Menteri yang kini berada di Jerman dalam rangka lawatan rasmi selama enam hari.

Mengenai kebimbangan yang dibangkitkan oleh wakil Global Bersih bahawa kebanyakan rakyat Malaysia di luar negara berdepan kesukaran mengundi pada dua pilihan raya umum lalu, Anwar berkata, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti perkara itu.

"Kita kena mudahkan, antaranya pengundian langsung. Misalnya lebihkan pusat-pusat pengundian, kita ada pejabat MIDA, Matrade," katanya.

Perdana Menteri berkata, SPR juga perlu mengkaji langkah mewujudkan pendaftaran secara automatik untuk pengundi Malaysia di luar negara sama seperti yang diamalkan di tanah air.

Anwar juga berkata, pelajar yang juga lulusan dari Jerman mendapat permintaan tinggi dalam kalangan majikan di tanah air kerana syarikat negara itu yang beroperasi di Malaysia biasanya akan mencari mereka. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM

2

Semasa 17 jam yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Semasa 2 hari yang lalu

Pelabur Arab Saudi Dipelawa Terokai Projek Bernilai Tinggi Malaysia - PM

4

Ekonomi 4 hari yang lalu

Malaysia - Rwanda Sepakat Perluas Kerjasama, Fokus Industri Halal Dan Minyak Sawit

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jabatan Meteorologi Keluar Amaran Penerbangan, Gunung Ruang Meletus Semula

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Semasa 1 hari yang lalu

Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Di Bawah Bidang Kuasa Negeri - Mohd Na'im

Semasa 1 hari yang lalu

KESUMA Percepat Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, Laporan Interim Jun Ini