web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Batik Air Diberi Amaran Keras Susulan Insiden Juruterbang Tertidur Semasa Penerbangan

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2024 8:26PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Kementerian Pengangkutan Indonesia memberi amaran keras kepada Batik Air susulan insiden juruterbang dan pembantu juruterbang syarikat penerbangan komersial itu tertidur semasa penerbangan dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, ketua pengarah penerbangan awam kementerian M. Kristi Endah Murni, berkata siasatan menyeluruh bakal dijalankan dan hukuman akan ditentukan berdasarkan hasil siasatan pasukan penyiasat.

"Seorang pemeriksa kapal terbang akan dihantar untuk menangani Penyelesaian Isu Keselamatan, menentukan punca dan mengesyorkan tindakan sewajarnya terhadap pengendali syarikat penerbangan dan pengawal selianya," katanya.

Laporan awal Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan mendedahkan bahawa kedua-dua juruterbang itu tertidur kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air BTK6723 pada 25 Januari.

Kedua-dua juruterbang itu kini digantung mengikut prosedur dalaman. 

Walaupun terdapat beberapa kesilapan navigasi, pesawat itu yang membawa 153 penumpang dan empat pramugari, selamat mendarat tanpa sebarang kecederaan.

Kristi menegaskan bahawa syarikat penerbangan mesti mengutamakan masa dan kualiti rehat untuk juruterbang dan kru penerbangan kerana ia mempengaruhi tugas mereka semasa penerbangan.

"Kami juga akan meneliti operasi penerbangan malam di Indonesia khasnya berkaitan pengurusan risiko keletihan bagi Batik Air dan semua pengendali syarikat penerbangan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar