web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laut China Selatan: Malaysia Komited Penyelesaian Secara Aman

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 4:34PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELBOURNE - Malaysia sebagai negara penuntut berhubung konflik Laut China Selatan, komited terhadap penyelesaian pertikaian secara aman selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal termasuk Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.

Menyedari sensitiviti dan kerumitan isu itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia yakin semua pihak perlu mengamalkan kawalan kendiri dalam menjalankan aktiviti dan mengelakkan tindakan yang boleh merumitkan lagi keadaan.

"Kita harus terus mengekalkan Laut China Selatan sebagai laut yang aman, stabil dan perdagangan," katanya pada sesi pemukiman Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Melbourne pada Rabu.

Berhubung Myanmar, Anwar berkata, krisis yang memasuki tahun keempat itu amat membimbangkan dengan sedikit tanda kemajuan.

Beliau berkata, Malaysia kekal komited terhadap Kajian dan Keputusan Pemimpin ASEAN mengenai Pelaksanaan Konsensus Lima Perkara untuk memudahkan rakyat Myanmar mencari penyelesaian aman dan berkekalan terhadap krisis di negara itu.

Beliau berkata, Malaysia akan bekerjasama rapat dengan Laos dan Indonesia melalui mekanisme Troika bagi memastikan kesinambungan dalam usaha menamatkan krisis di Myanmar.

"Malaysia juga menghargai sokongan konsisten Australia terhadap usaha ASEAN dan Konsensus Lima Perkara, termasuk bantuan kemanusiaan yang dihulurkan kepada rakyat Myanmar," katanya.

Mengulangi ASEAN dan Australia berkongsi visi untuk keamanan dan kestabilan di rantau ini dan seterusnya, Anwar berkata, bersama- sama, ASEAN dan Australia boleh memainkan peranan penting dan menyumbang melalui menggalakkan dialog dan kewujudan bersama secara aman.

"Marilah kita bekerjasama untuk memperbaharui mekanisme yang diterajui ASEAN, meneruskan penyelesaian inklusif dan menyokong keamanan mampan. Bersama-sama kita boleh membentuk masa depan yang lebih harmoni, selamat dan lebih baik untuk semua," katanya sambil menambah bahawa Malaysia komited untuk memainkan peranan konstruktif dan bermakna. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad