web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raja Norway Perlukan Perentak Jantung Kekal

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2024 5:15PM

Raja Norway Harald V. - gambar dpa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

OSLO - Raja Norway Harald V akan menerima perentak jantung kekal, menurut keluarga diraja pada Isnin, lapor agensi berita Jerman dpa.

Harald, 87, gering semasa bercuti di Malaysia dan dimasukkan ke hospital di sana minggu lepas.

Pada Isnin baginda berangkat pulang ke tanah air menaiki pesawat khas yang singgah di Emiriah Arab Bersatu dalam laluannya.

Menurut pegawai Oslo, baginda dipasang dengan perentak jantung sementara di Malaysia sebelum penerbangan pulang, yang menurut doktor peribadinya untuk keselamatan sepanjang perjalanan pulang.

Harald kini berada di hospital di Oslo. Baginda dikatakan semakin pulih daripada jangkitan, namun tahap denyutan jantungnya masih rendah yang memerlukan perentak jantung kekal.

Prosedur itu dilaporkan akan dilakukan sebaik jangkitan sembuh sepenuhnya. 

Beberapa anggota keluarga diraja menziarahi baginda di hospital pada Isnin, termasuk Permaisuri Sonja dan Putera Mahkota Haakon.

Baginda mengambil cuti sakit selama dua minggu dan tugas baginda akan diambil alih oleh Haakon sebagai pemangku raja. - BERNAMA-dpa

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad