web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kini Di Kedudukan Nombor Satu Dalam Skor Ketekalan 5G Global – Fahmi

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 7:07PM

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika merasmikan Pavilion Malaysia di Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC2024). - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BARCELONA - Malaysia kini berada di tempat pertama dalam Skor Ketekalan 5G global pada 97.29 peratus menurut Ookla, satu daripada peneraju dunia dalam pemantauan rangkaian dan cerapan kesalinghubungan.

Ketika mengumumkan pencapaian Malaysia ini pada pembukaan Pavilion Malaysia di Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC2024), Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata ini satu pencapaian penting yang mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai satu pemain terkemuka dalam landskap digital global.

“Ini bukan hanya membuktikan komitmen Malaysia kepada kemajuan teknologi tetapi juga menggambarkan usaha bersepadu oleh industri telekomunikasi, badan kawal selia dan agensi kerajaan untuk membangunkan infrastruktur 5G yang lasak dan diyakini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama ketika merasmikan Pavilion Malaysia di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Skor ketekalan merupakan kaedah khusus Ookla dalam mengukur kelajuan yang perlu memenuhi kedua-dua kriteria - memuat turun dan menaik turun - masing-masing pada 25 megabait sesaat (Mbps) dan 3Mbps. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 15 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad