web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Disaran Patuhi Undang-Undang Jalan Raya - Polis Betong

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2024 4:15PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BETONG (Thailand) - Rakyat Malaysia khususnya mereka yang memandu ke Thailand disaran mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya di negara itu.

Ketua Polis Daerah Betong, Kol. Pol. Jirawat Dooding menyarankan pemandu kenderaan persendirian dan bas pelancong warga asing supaya meletakkan kenderaan di parkir yang disediakan bagi mengelakkan kesesakan dan menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Selain itu, pemilik kenderaan perlu memastikan mereka memiliki dokumen kenderaan yang sah.

"Semua pemandu harus menghormati dan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi mengelak dikenakan denda atau hukuman penjara," katanya.

Beliau berkata demikian susulan seorang rakyat Malaysia yang juga pemandu bas pelancong ditahan polis baru-baru ini kerana melanggar undang-undang jalan raya.

Lelaki berusia 46 tahun itu tidak meletakkan kenderaan di parkir yang disediakan dan cuba melarikan diri ketika polis membuat pemeriksaan lanjut.

"Siasatan lanjut mendapati lelaki itu menggunakan kenderaan yang berdaftar di Malaysia dan memasuki Thailand tanpa dokumen yang sah," katanya.

Pada 13 Februari lalu, lelaki itu telah dihadapkan ke mahkamah.

Mahkamah Betong membenarkan lelaki itu diikat jamin 50,000 baht dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tidak boleh meninggalkan Thailand selama tiga bulan dan diwajibkan memakai gelang kaki Sistem Penentududukan Global (GPS).

Selain itu, dia perlu melapor diri di balai polis Betong setiap bulan. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 16 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad