web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri Luar Palestin Gesa ICJ Tamatkan Pendudukan Israel

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2024 9:15AM

Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki. - gambar Reuters

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki pada Isnin menggesa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menamatkan pendudukan Israel dan menganggapnya sebagai "tidak sah."

"Kami menggesa Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisytiharkan pendudukan Israel sebagai haram, selain menekankan mengenai pentingnya pencerobohan itu ditamatkan segera tanpa syarat," kata al-Maliki semasa sesi pendengaran di ICJ, lapor Agensi Anadolu.

Pada Isnin, mahkamah memulakan sesi pendengaran awam mengenai kesan undang-undang yang timbul akibat daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki.

"Sudah tiba masanya untuk menamatkan dwistandard dan menguatkuasakan undang-undang antarabangsa ke atas semua negara tanpa pengecualian," katanya.

Menteri itu berkata: "Israel telah menyebabkan rakyat Palestin hanya mempunyai tiga pilihan: sama ada berpindah, bertahan atau mati." 

Al-Maliki berkata: "Palestin kekal sebagai ujian terbesar terhadap kredibiliti sistem undang-undang antarabangsa dan manusia tidak dapat menanggung akibat daripada kegagalannya."

Sesi itu akan berlangsung sehingga 26 Februari dan mahkamah dijadualkan mendengar pembentangan 52 negara, jumlah yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah mahkamah, selain Kesatuan Afrika, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Negara Arab. - BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad