web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PEMILU 2024: Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Prabowo

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 4:09PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Pemimpin dunia, termasuk pemimpin dari Malaysia mengucapkan tahniah kepada Prabowo Subianto yang kelihatan bakal melakar kemenangan dalam pilihan raya presiden Indonesia selepas kiraan pantas tidak rasmi menunjukkan beliau mendahului dengan selesa.

Dalam perkongsian di media sosialnya Prabowo berkata, beliau telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin pada Khamis yang menyampaikan ucapan tahniah, meskipun pengiraan undi masih dijalankan.

Antara pemimpin itu adalah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dan Timbalan Perdana Menteri, Richard Marles; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe.

Perdana Menteri Republik Czech, Petr Fiala turut mengucapkan tahniah kepada Prabowo selepas memperoleh lebih 50 peratus undi dalam kiraan pantas.

Ketua Komunikasi Kempen Prabowo-Gibran Rakabuming Raka Budisatrio dilaporkan berkata, ucapan tahniah itu menunjukkan pengiktirafan pemimpin dunia terhadap proses demokrasi Indonesia yang lancar.

"Pengiktirafan itu juga menandakan kesediaan mereka untuk mengekalkan kerjasama dua hala dengan presiden yang dipilih, berdasarkan asas yang telah ditetapkan oleh Presiden Joko Widodo sejak sedekad lalu," katanya.

Menurut Litbang Kompas dengan 95.95 peratus sampel undi yang telah dikira, Prabowo-Gibran memperoleh 58.48 peratus undi, manakala Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar dan Ganjar Pranowo-Mahfud MD masing-masing mendapat 25.26 peratus dan 16.27 peratus.

Data laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya Umum pemilu2024.kpu.go.id pada jam 11 pagi Jumaat menunjukkan pasangan Prabowo-Gibran mendahului dengan 56.85 peratus undi.

Sementara itu, Maybank Investment Bank (Maybank IB) telah membuat kesimpulan bahawa Prabowo-Gibran memenangi pilihan raya dengan kemenangan besar berdasarkan kiraan pantas oleh Litbang Kompas.

Menurut bank itu, keputusan berkenaan sangat bermanfaat untuk pasaran sekuriti, memastikan keputusan pilihan raya yang stabil dan mengurangkan risiko pertikaian undang-undang.

"Dalam pilihan raya satu pusingan, pentadbiran Prabowo dijangka mempunyai kuasa politik yang lebih besar, mengurangkan keperluan untuk perkongsian kuasa dengan parti pembangkang," menurut Maybank IB dalam satu kenyataan.

Tumpuan kini beralih kepada pembentukan Kabinet dengan pemerhati pasaran memantau rapat proses itu, terutamanya keseimbangan antara pelantikan politik dan teknokrat.

Portfolio kabinet yang akan mempengaruhi dinamik pasaran, termasuk Kementerian Koordinasi Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan Milik Negara, Kementerian Kerja Raya dan Perumahan, Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi dan Informatik. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 11 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelantikan Presiden Indonesia Di Nusantara

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad