web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Presiden Pakistan Imran Khan Guna AI Dakwa Kemenangan Dalam Pilihan Raya

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2024 8:56PM

Imran Khan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISLAMABAD - Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang kini menjalani hukuman penjara, menggunakan kecerdasan buatan (Al) untuk mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya umum negara itu pada Jumaat.

Dalam ucapan kemenangan yang dijana Al, Khan memuji orang ramai yang "keluar beramai-ramai untuk mengundi," sambil menyatakan bahawa "gerak balas yang belum pernah terjadi sebelumnya" di negara itu membolehkan kemenangan besar parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan pada pilihan raya umum 2024, lapor Agensi Anadolu.

"Kami sedang mendahului di lebih 170 kerusi Dewan Perwakilan," kata Khan dalam mesej yang disiarkan dalam akaun X beliau.

Beliau mengkritik lawannya, pemimpin Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Nawaz Sharif yang membuat ucapan kemenangan walaupun ketika partinya ketinggalan berbanding PTI.

Khan yang dipenjarakan sejak Ogos lepas, menggesa orang ramai "meraikan dan mengadakan solat syukur."

"Selepas dua tahun penindasan dan ketidakadilan," Khan mendakwa bahawa PTI memenangi pilihan raya umum 2024 dengan "majoriti dua pertiga".

Nawaz Sharif menggesa penubuhan "kerajaan perpaduan," dengan meminta parti-parti lain menyertainya.

Berjuta-juta rakyat Pakistan mengundi pada Khamis untuk memilih parlimen baharu dan empat dewan wilayah.

Calon bebas yang disokong oleh parti PTI mendahului sementara menunggu keputusan penuh pilihan raya.

Parti bebas yang bergabung dengan PTI, memenangi sekurang-kurangnya 95 kerusi, diikuti oleh PML-N dengan 66 dan Parti Rakyat Pakistan kiri tengah dengan 51.

Keputusan akhir dijangka diketahui dalam tempoh beberapa jam. - BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 16 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad