web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serangan Israel Selama 108 Hari Ragut 11,000 Nyawa Kanak-Kanak Di Gaza 

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2024 4:23PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Serangan tentera Israel telah membunuh 11,000 kanak-kanak dan 7,500 wanita di Semenanjung Gaza dalam tempoh 108 hari yang lalu, kata Pejabat Media Kerajaan Gaza pada Isnin.

Pejabat Media Kerajaan Gaza berkata, di wilayah terkepung itu, seramai 7,000 orang - 70 peratus daripadanya adalah wanita dan kanak- kanak -- masih tertimbus di bawah runtuhan atau hilang dalam serangan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).

Bilangan mayat yang sampai di hospital telah melebihi 25,900, manakala 63,000 penduduk Palestin cedera sejak konflik bermula 7 Oktobdr lepas.

Kira-kira 70,000 rumah telah musnah dalam serangan Israel dan 290,000 lagi rumah tidak dapat didiami.

Mengenai serangan Israel ke atas sektor penjagaan kesihatan, Pejabat Media Kerajaan Gaza berkata, 337 pekerja penjagaan kesihatan dan 45 pegawai pertahanan awam telah terbunuh setakat ini.

Dalam tempoh sama, seramai 119 wartawan turut terbunuh dalam serangan Israel di Gaza.

Selain itu, tentera Israel menahan 99 pekerja penjagaan kesihatan dan 10 wartawan, manakala dua juta penduduk kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza.

Merujuk keadaan tidak berperikemanusiaan di pusat perlindungan penuh sesak di Gaza, Pejabat Media Kerajaan Gaza berkata, sebanyak 400,000 kes penyakit berjangkit dan lebih 8,000 kes Hepatitis A telah dikesan akibat pempindahan berterusan rakyat Palestin secara paksa oleh Israel.

Kira-kira 60,000 wanita hamil di Gaza juga berdepan risiko kritikal kerana ketidakupayaan untuk menyediakan penjagaan kesihatan, manakala 350,000 individu yang menghidap penyakit kronik berdepan risiko kritikal kerana kekurangan ubat-ubatan.

Sejak konflik bermula tentera Israel telah memusnahkan sebanyak 140 kemudahan kerajaan serta 99 sekolah dan universiti, manakala 295 sekolah dan universiti rosak sebahagiannya.

Tentera Israel turut merosakkan sebanyak 253 masjid dan menyebabkan kemusnahan tiga gereja.

Israel menyerang 150 institusi penjagaan kesihatan di Gaza menjadikan 53 pusat kesihatan dan 30 hospital tidak lagi berfungsi dan menyebabkan 122 ambulans tidak dapat digunakan.

Israel juga menyerang warisan budaya Palestin, memusnahkan 200 aset sejarah dan budaya di Gaza.

Pejabat Media Kerajaan Gaza turut mengecam tindakan Israel menggunakan lebih 65,000 tan bahan letupan di wilayah itu sejak 7 Oktober lalu. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad