web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 300 Penerbangan Dibatalkan Susulan Pelanggaran Di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda Tokyo

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2024 4:26PM

Pesawat Japan Airlines yang hangus terbakar dalam kemalangan petang semalam. Lebih 300 penerbangan masuk dan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo dibatalkan sejurus kejadian. - gambar Reuters

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Syarikat penerbangan terpaksa membatalkan lebih 300 penerbangan susulan pelanggaran antara pesawat Pengawal Pantai Jepun dan pesawat penumpang Japan Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda Tokyo pada petang semalam.

Nahas itu memaksa semua landasan lapangan terbang ditutup selama beberapa jam pada petang semalam, menyebabkan pembatalan sebanyak 226 penerbangan yang tiba dan berlepas dari Haneda, menjejaskan lebih 40,000 penumpang, lapor Xinhua.

Walaupun tiga landasan dibuka semula pada hari ini, kira-kira 100 penerbangan masih dijangka dibatalkan, yang mengganggu rancangan perjalanan 19,000 penumpang.

Pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan pada semalam, pesawat Japan Airlines dalam penerbangan JAL 516 dari Lapangan Terbang New Chitose di Wilayah Hokkaido ke Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda Tokyo bertembung dengan pesawat Pengawal Pantai MA-722 selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, mengakibatkan kedua-duanya terbakar.

Lima daripada enam anak kapal Pengawal Pantai itu disahkan meninggal dunia manakala kapten yang berjaya menyelamatkan diri cedera parah.

Jurucakap Pengawal Pantai, Yoshinori Yanagishima berkata pesawat pasukan itu yang berpangkalan di Lapangan Terbang Haneda, semasa kejadian sedang bergerak di landasan untuk membawa bantuan ke kawasan terjejas gempa bumi di wilayah Niigata.

Sementara itu, kesemua 379 penumpang dan anak kapal Japan Airlines berjaya diselamatkan tanpa kecederaan yang mengancam nyawa.

Jabatan Bomba Tokyo mengambil masa lebih lapan jam untuk memadamkan kebakaran berikutan nahas itu.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Jepun,agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyiasat nahas melibatkan kapal terbang, kereta api dan kapal, pada hari ini mula menyiasat punca kemalangan dan memeriksa serpihan pesawat. - BERNAMA - XINHUA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 17 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad