web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua PBB Seru Semua Pihak Hentikan Konflik Susulan Pembunuhan Timbalan Ketua Hamas Di Lubnan

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2024 1:15PM

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa menyeru semua pihak menghentikan sebarang tindakan yang akan meningkatkan konflik ekoran pembunuhan timbalan ketua kumpulan Hamas, Saleh Arouri di Lubnan, lapor Agensi Anadolu.

"Setiausaha Agung menggesa semua pihak menghentikan sebarang tindakan dan mengambil langkah segera meredakan ketegangan di rantau itu," kata jurucakap PBB, Florencia Soto Nino pada sidang media.

PBB merayu kepada semua anggota masyarakat antarabangsa untuk melakukan segala yang terdaya bagi mencegah peningkatan konflik, kata Nino.

"Kami tidak mahu sebarang tindakan terburu-buru yang boleh mencetuskan keganasan selanjutnya," kata beliau.

Arouri dilaporkan terbunuh dalam serangan dron Israel ke atas pejabat Hamas di Mecherfeh, selatan Beirut.

Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan itu.

kumpulan Palestin itu mengesahkan Arouri dan dua komander sayap Briged Qassam maut dalam serangan tersebut.

Arouri, pemimpin tertinggi Hamas yang dibunuh Israel sejak tercetusnya konflik 7 Oktober lepas di Gaza.

Sekurang-kurangnya 22,185 rakyat Palestin telah terbunuh dan 57, 035 cedera setakat ini, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza. - BERNAMA - ANADOLU

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 14 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad