web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua PBB Beri Penghormatan Kepada 136 Kakitangan Terbunuh Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2023 8:41PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres memberi penghormatan kepada kakitangannya yang terkorban dalam perang Gaza, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman.

"Seramai 136 rakan sekerja kami di Gaza telah terbunuh dalam tempoh 75 hari - sesuatu yang tidak pernah kami lihat dalam sejarah PBB," menurut hantaran Guterres di platform X pada Sabtu.

"Kebanyakan kakitangan kami telah dipaksa keluar dari kediaman mereka. Saya memberi penghormatan kepada mereka dan beribu-ribu anggota bantuan yang mempertaruhkan nyawa bagi menyokong orang awam di Gaza," menurut hantaran itu.

Dalam catatan lain, Guterres sekali lagi mengkritik tindakan Israel dalam konflik itu.

“Tindakan Israel melakukan serangan mewujudkan halangan besar kepada misi pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza,” katanya.

Untuk membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan berkesan, beliau berkata kakitangannya perlu bekerja dalam persekitaran yang selamat.

Selepas ditunda beberapa kali, Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi pada Jumaat menggesa peningkatan bantuan kemanusiaan bagi dua juta orang awam yang memerlukan di Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, badan PBB yang menerima pakai resolusi tanpa menuntut gencatan senjata segera seperti diharapkan Guterres. - BERNAMA-dpa

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 14 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad