web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


WHO: Hanya 4 Hospital Beroperasi Pada Tahap Minimum Di Utara Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 4:55PM

Keadaan di sebuah hospital yang masih beroeprasi di Gaza. - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hanya empat hospital beroperasi pada tahap minimum dan menawarkan perkhidmatan yang sangat terhad di utara Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Misi WHO dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke utara Gaza mendapati Hospital Al-Ahli Arab kini hanya beroperasi separuh daripada perkhidmatan sebelumnya berikutan kekurangan bahan api, kakitangan dan bekalan, kata Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus di X.

WHO dan rakan PBB sekali lagi melaksanakan misi ke hospital Al-Ahli Arab dan hospital Al-Shifa di utara Gaza pada Rabu.

Beliau berkata pasukan WHO dan PBB menyediakan ubat-ubatan, larutan IV dan bekalan untuk pembedahan, merawat orang yang cedera dan membantu wanita yang melahirkan anak.

“Hospital Al-Ahli menerima ramai pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan. Di halaman hospital, terdapat mayat yang masih tidak dapat dikebumikan,” kata Ghebreyesus.

Beliau berkata ehingga dua hari lepas, hanya Al-Ahli merupakan hospital terakhir di utara Gaza yang berfungsi dengan mereka yang cedera boleh menjalani pembedahan.

Menurut maklumat yang diperoleh oleh pasukan WHO, dewan bedah Al-Ahli tidak lagi berfungsi kerana "kekurangan atau ketiadaan pakar, bekalan elektrik, bahan api, air, makanan dan bekalan perubatan.

"Kini tiada lagi hospital yang beroperasi di utara Gaza," katanya.

Israel yang menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, membunuh hampir 20,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak selain mencederakan 52,586 yang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan di kawasan itu.

Serangan Israel telah memusnahkan Gaza dengan hampir dua juta penduduk hilang tempat tinggal di selain berdepan krisis kekurangan makanan dan air bersih. - BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad