Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Peralihan Kepada Tenaga Bersih Perlu Sokongan Kewangan, Teknologi Dan Insfrastruktur Menyeluruh – PM

Luar Negara Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 2:11PM

Perdana Menteri Datuk Seri ANwar Ibrahim pada mesyuarat AZEC di Tokyo. - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Usaha menangani cabaran dan meraih peluang dalam tenaga bersih, di samping memastikan ‘peralihan yang saksama’, memerlukan sokongan menyeluruh terutama melibatkan pembiayaan, insentif, teknologi dan infrastruktur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Malaysia juga percaya peralihan tenaga seharusnya saksama, inklusif dan adil, dengan tindakan ke arah kemajuan merangkumi model kolaborasi dan kerjasama yang progresif.

“Oleh itu, Malaysia akan mengalu-alukan sokongan dan kerjasama berterusan dari Jepun, Australia, dan lain-lain memandangkan kita berusaha untuk mempercepat perjalanan peralihan tenaga kita,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) di sini, pada Isnin.

Beliau berkata Malaysia, dengan sendiri, akan terus mengutamakan penyelesaian praktikal yang memacu kemajuan, mengimbangi cita-cita berkaitan iklim, kelestarian dan pertumbuhan ekonomi.

“Kerajaan (di bawah pentadbiran) saya pada Ogos telah melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Malaysia, yang mengambil daripada, antara lain, inisiatif AZEC,” katanya.

Anwar berkata Malaysia optimis AZEC akan berfungsi sebagai platform bagi tempoh yang panjang, menggalakkan kerjasama yang saling memberi manfaat bersama dalam peralihan tenaga, khususnya di rantau itu.

AZEC ialah platform kerjasama yang bertujuan memajukan usaha keneutralan karbon dan peralihan tenaga untuk mencapai sasaran pelepasan sifar.

Jepun komited untuk menyediakan sokongan kewangan sehingga US$8 bilion bagi tempoh sehingga 2030 untuk projek tenaga boleh baharu serta inisiatif penjimatan tenaga di negara anggota AZEC.

Negara AZEC termasuk Australia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Jepun, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Anwar turut memuji Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida atas inisiatif AZEC.

Sementara itu, Kishda ketika menyampaikan ucapan perasmian di sidang kemuncak itu berkata, Jepun bersedia membantu Asean merealisasikan pelepasan sifar melalui pelbagai usaha.

Penyahkarbonan yang hadir dengan pelbagai cabaran dan inovasi adalah faktor utama untuk Jepun bersedia meneraju usaha itu, katanya.

Beliau berkata Dasar Asas Transformasi Hijau (GX) Jepun menetapkan pengawalseliaan, pembiayaan dan keutamaan pembangunan teknologi untuk transformasi hijau pelbagai sektor perindustrian, dengan tonggak utama dasar tersebut adalah sokongan untuk peralihan tenaga di Asia.

Kishida berkata berlandaskan dasar yang dilancarkan pada 2022 itu, lebih 350 projek telah dilancarkan di negara rakan AZEC dengan kerjasama daripada pelabur Jepun.

Beliau yakin bahawa pasaran penyahkarbonan akan menarik modal dari seluruh dunia walaupun penyahkarbonan AZEC membabitkan kos yang tinggi. - BERNAMA

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Khas Ditubuh Siasat Kes Samun Akhyar Rashid - Polis

Semasa 13 jam yang lalu

Suspek Kes Simbah Asid Pada Faisal Halim Ditahan

oleh Fida Ruzki

Semasa 6 jam yang lalu

Pusat Mempelam Kedah Antara Keutamaan Dalam Peta Tahun Melawat Kedah 2025

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak