web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Hadiri Mesyuarat AZEC Dan Bertemu Diaspora Malaysia Di Tokyo

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 9:57AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadiri mesyuarat AZEC dan bertemu diaspora Malaysia di Tokyo. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri mesyuarat pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) dan diaspora Malaysia di Jepun pada hari terakhir lawatan kerja lima hari beliau ke Jepun pada Isnin.

Mesyuarat pemimpin AZEC itu dijadualkan bermula pada 10 pagi (waktu tempatan) di pejabat Perdana Menteri Jepun.

AZEC merupakan platform kerjasama yang bertujuan memajukan neutraliti karbon dan peralihan tenaga untuk mencapai sasaran pelepasan sifar.

Jepun komited untuk menyediakan sokongan kewangan sehingga US$8 bilion sehingga 2030 untuk projek tenaga boleh diperbaharui dan inisiatif penjimatan tenaga, negara anggota AZEC.

Negara-negara AZEC termasuklah Australia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Jepun, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Selepas mesyuarat itu, Anwar akan menghadiri majlis makan tengah hari anjuran Persekutuan Perniagaan Jepun (Keidanren) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Jepun pada 11:30 pagi di Keidanren-kaikan.

Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga kemudiannya dijadualkan untuk menghadiri majlis minum teh pemimpin ASEAN yang dihoskan Mahajara Naruhito di Istana Imperial di Chiyoda pada 4 petang.

Selepas itu Perdana Menteri akan bertemu dengan diaspora Malaysia pada 5 petang di Hotel Imperial.

Anwar disertai Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz juga dijadualkan mengadakan sidang media bersama media malaysia pada 5.45 petang. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad