web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kematian Jurukamera: Al Jazeera Akan Fail Aduan Kepada ICC

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 1:03PM

jurukamera Samer Abudaqa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZA/LONDON - Al Jazeera pada Sabtu mengumumkan pihaknya akan memfailkan aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung kematian jurukamera Samer Abudaqa yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza.

Agensi berita yang berpangkalan di Qatar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sepasukan peguam dan pakar akan menyediakan laporan berkaitan pembunuhan Abudaqa dan menyerahkannya kepada ICC, lapor Agensi Anadolu.

Laporan itu juga akan merangkumi serangan ke atas kakitangan Al Jazeera yang bekerja di wilayah Palestin.

Abudaqa dan Wael ed-Dahduh cedera dalam serangan Israel pada Jumaat berhampiran Sekolah Ferkhane di Khan Younis yang menjadi tempat penduduk yang hilang tempat tinggal berlindung.

Menurut laporan, ambulans dilarang memasuki kawasan Sekolah Ferkhane manakala pasukan pertolongan cemas tidak dapat memasuki kawasan terbabit yang dikepung tentera penceroboh Israel.

Pasukan perubatan telah dinafikan akses selama berjam-jam ke lokasi petugas media itu terbaring berlumuran darah.

Televisyen Al Jazeera kemudiannya mengumumkan bahawa Abudaqa telah meninggal dunia manakala sumber memaklumkan tiga anggota pertahanan awam yang ingin membantu mangsa terperangkap di sekolah itu turut terbunuh.

Sementara itu, Ahli Parlimen bebas Britian Claudia Webbe pada Sabtu mengemukakan aduan kepada ICC yang menggesa penyiasatan dan perbicaraan bagi jenayah perang Israel ke atas Gaza.

Webbe pada sidang Parlimen berkata aduan itu merangkumi pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Serangan Israel mengakibatkan kematian lebih 20,000 orang awam dengan sekurang-kurangnya 10,000 kanak-kanak dan ramai lagi cedera, katanya. - BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar