web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Berhasrat Jalin Hubungan Lebih Erat Dengan Jepun

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2023 9:00PM

Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shahril Effendi Abd Ghany. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan tiba di sini malam ini akan berusaha memperkukuh hubungan dengan Jepun dan menarik lebih ramai pelabur dari negara itu ke Malaysia.

Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shahril Effendi Abd Ghany pada hari pertama lawatan kerja lima hari beliau ke negara itu, Anwar akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya Fumio Kishida dan kedua-dua pemimpin dijangka mengumumkan perkongsian strategik yang komprehensif.

"Dalam gambaran yang lebih besar, usaha kedua-dua pemimpin juga akan menyumbang ke arah merapatkan lagi hubungan Jepun-ASEAN," katanya pada sidang akhbar untuk media Malaysia di sini.

Beliau berkata Anwar dan Kishida akan turut menyaksikan pemeteraian serta pertukaran nota Official Security Assistance Grant Aid selain pertukaran Memorandum Kerjasama mengenai pembangunan dan aplikasi angkasa lepas antara kedua-dua negara.

Semasa di Tokyo, Perdana Menteri akan menyertai pemimpin lain menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun pada Ahad dan Sidang Kemuncak Komuniti Pelepasan Sifar Karbon Asia yang dijangka membantu blok serantau itu menetapkan penanda aras dalam menguruskan pelepasan karbon.

Anwar juga akan bertemu eksekutif tertinggi tiga syarikat utama di Jepun iaitu Rohm Wako, Toshiba dan Mitsui&Co sebelum bermesyuarat dengan ketua-ketua industri di negara itu.

Ketua Pengarah bagi Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia di Kementerian Luar Datuk Zanariah Zainal Abidin pula berkata pada akhir sidang kemuncak peringatan itu, para pemimpin akan mengeluarkan kenyataan visi bersama.

Beliau berkata sepanjang sidang kemuncak bertema Golden Friendship, Golden Opportunities itu, satu pelan kerjasama strategik yang komprehensif akan dilancar untuk mengukuhkan lagi kerjasama ASEAN-Jepun.

Ketika ditanya mengenai isu yang mungkin dibangkitkan oleh Anwar pada sidang kemuncak peringatan itu, Zanariah tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri akan membawa isu Palestin di mana Malaysia mahu gencatan senjata kekal dilaksanakan.

Beliau berkata Anwar juga mungkin menyentuh isu pendigitalan di ASEAN di mana ia boleh membantu memperkasa perniagaan kecil dan meningkatkan kadar penembusan Internet di kawasan luar bandar di seluruh rantau itu.

Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka tiba di Tokyo pada 11.50 malam ini. Turut mengiringi beliau ke Tokyo ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad