web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tentera Israel Tembak Dua Ambulans Di Semenanjung Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 2:54PM

Notis yang dimuat naik ke akaun media sosial Bulan Sabit Merah Palestin. gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL/AMMAN - Tentera Israel menembak dua ambulans di Semenanjung Gaza yang dikepung pada lewat Ahad menyebabkan tiga orang cedera.

Bulan Sabit Merah Palestin dalam satu kenyataan berkata kejadian itu berlaku di kawasan Faluja di utara Gaza, dengan dua paramedik persatuan itu dan seorang lagi cedera, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.

Selain itu, tentera Israel mengebom rumah satu keluarga warga Jordan di Semenanjung Gaza pada hari yang sama.

Kementerian Luar Jordan mengesahkan seorang rakyatnya maut manakala seorang lagi cedera parah dan dihantar ke Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza pada awal Jumaat, sejurus selepas tamat jeda kemanusiaan selama seminggu,

Sejak itu, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 509 rakyat Palestin terbunuh dan 1,316 lagi cedera dalam serangan udara Israel. - BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar