web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri-Menteri Luar ASEAN Gesa Myanmar Hantar Pulang Rakyat Asing Yang Terperangkap

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 1:23PM

Menteri-menteri luar negara anggota ASEAN juga menekankan kepentingan bantuan kemanusiaan yang diselaraskan dan pemindahan pantas hasil kerjasama kedutaan anggota ASEAN.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Menteri-menteri luar ASEAN secara kolektif menggesa semua pihak di Myanmar untuk membolehkan penghantaran pulang rakyat dari negara ASEAN yang terperangkap di tengah-tengah konflik, khususnya di Shan Utara.

Sambil mengiktiraf usaha pemindahan pihak berkuasa Myanmar, mereka turut menekankan kepentingan bantuan kemanusiaan yang diselaraskan dan pemindahan pantas hasil kerjasama kedutaan anggota ASEAN.

Dalam kenyataan itu, menteri menyuarakan kebimbangan terhadap konflik yang semakin memuncak, menyeru semua pihak untuk menghentikan keganasan, menegakkan undang-undang kemanusiaan dan melindungi orang awam.

"Kami menyeru pihak berkuasa Myanmar dan pihak berkaitan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan segera dan memastikan laluan pantas dan selamat untuk penghantaran pulang warga asing yang terkandas," menurut kenyataan itu.

Menteri-menteri itu juga menegaskan komitmen terhadap penyelesaian aman situasi di Myanmar melalui Konsensus Lima Perkara, menekankan kepentingan Myanmar yang damai dan bersatu demi kepentingan ASEAN. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar