web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Australia Barat Perkenal Semula Mandat Pemakaian Pelitup Muka Selepas Peningkatan Kes COVID-19

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 7:20PM

Pesakit dan kakitangan hospital akan mula memakai pelitup muka mulai Isnin. - gambar Agensi Anadolu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Negeri Australia Barat mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan semula mandat pemakaian pelitup muka di hospital-hospital di ibu negerinya Perth susulan peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Pesakit dan kakitangan hospital akan mula memakai pelitup muka mulai Isnin, lapor akhbar harian tempatan WA Today pada Jumaat.

Ketua Pegawai Kesihatan Negeri Andy Robertson berkata kes-kes baharu di Australia Barat mencatatkan peningkatkan sejak awal September.

"Ini merupakan sebahagian daripada evolusi berterusan COVID-19 dalam masyarakat kerana imuniti individu semakin berkurangan dari semasa ke semasa," kata Robertson yang dipetik akhbar harian itu.

Beliau juga menasihatkan agar hospital swasta dan kemudahan penjagaan warga emas membuat peraturan mereka mengenai pemakaian pelitup muka yang lebih ketat untuk kakitangan dan pengunjung.

Sepanjang minggu lepas, sebanyak 531 kes dilaporkan di Australia Barat, dengan 57 daripadanya dimasukkan ke hospital manakala empat kematian dilaporkan, menurut laporan itu. - BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran