Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SPRM Akan Panggil 4 Ahli Parlimen Sokong PM - Azam

Luar Negara Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 9:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia bagi menyiasat dakwaan wujudnya unsur rasuah untuk beralih sokongan.

"Buat masa ini kita tunggu laporan (daripada polis)...siasatan terbuka akan dijalankan dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Persidangan Antirasuah Sedunia (WACC) 2023 di sini, hari ini.

Beliau berkata, laporan polis terhadap keempat-empat Ahli Parlimen berkenaan dibuat pada Isnin lalu dan polis merujuk kepada SPRM untuk siasatan lanjut kerana laporan itu lebih tertumpu kepada elemen rasuah.

Pada Selasa lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis dan SPRM  bersedia menjalankan siasatan secara profesional terhadap laporan kononnya terdapat unsur umpan, habuan dan ugutan berkaitan sokongan beberapa Ahli Parlimen PN terhadap Perdana Menteri.

Sebelum ini, empat Ahli Parlimen PN daripada Bersatu iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) menyatakan pendirian menyokong Anwar menyebabkan timbul dakwaan sokongan itu ada unsur rasuah.

Sementara itu, Azam berkata, SPRM akan mendedahkan laporan interim berhubung siasatan terhadap Aman Palestin Bhd yang didakwa wujud ketidakaturan dalam aktiviti pengumpulan derma oleh badan bukan kerajaan (NGO) itu untuk rakyat Palestin.

“Beri tempoh masa pada SPRM siasat dan minggu depan laporan interim akan dikeluarkan kerana ia penting untuk orang ramai tahu,” katanya dan menambah setakat ini tujuh saksi dipanggil memberi keterangan dan pegawai forensik SPRM juga sedang meneliti dokumen-dokumen yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.

Mengenai laporan polis yang dibuat ekoran tohmahan terhadap SPRM yang mendakwa  agensi itu dikawal oleh kerajaan, Azam berkata, ia adalah tohmahan liar dan tidak berasas.

“Kes Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar) masih dalam peringkat rayuan dan mana-mana pihak tidak boleh pertikai. Ada ketika SPRM kalah pendakwaan di mahkamah tetapi tak ada pula pihak katakan sesiapa mempengaruhi mahkamah,” katanya.

Semalam, SPRM membuat laporan polis berhubung hantaran dalam aplikasi TikTok yang didakwa mengandungi tuduhan palsu semasa pelancaran jentera Pilihan Raya Kecik (PRK) Parlimen Kemaman pada 10 November lepas.

Hantaran dimuat naik seorang pemilik akaun media sosial itu memaparkan seorang pemimpin parti politik mengeluarkan beberapa tuduhan palsu dalam ceramah beliau antaranya jentera- jentera kerajaan, SPRM dan hakim-hakim dikawal oleh kerajaan selain mempertikai keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berhubung sabitan pertuduhan ke atas Syed Saddiq. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Salah Guna Kuasa Anak Lelaki: MB Perlis Beri Keterangan Di SPRM

2

Semasa 2 hari yang lalu

Bugatti Dirampas Di Munich, Jerman Dipercayai Milik Jho Low

3

Semasa 5 hari yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

4

Semasa 6 hari yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

Semasa 1 hari yang lalu

Jutawan Muda Hasil Niaga Matawang Asing, Beli-Belah Dalam Talian

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Siti Bainun Terhadap Hukuman Penjara 12 Tahun Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Pekerjaan Hijau Kurangkan Pengangguran, Pelihara Alam Sekitar