web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jutaan Penduduk Melbourne Diarahkan Menjalani Perintah Berkurung

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 11:50AM

Sebuah keluarga keluar dari pasar raya selepas membeli barangan keperluan, ini selepas penduduk Melbourne diarahkan patuh arahan perintah berkurung untuk seminggu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELBOURNE - Lebih lima juta penduduk di bandar Melbourne diarahkan untuk mematuhi arahan perintah berkurung selama satu minggu bermula hari ini gara-gara kelewatan pemberian suntikan vaksin dan pertambahan kluster virus COVID-19.

Arahan tersebut juga terpakai untuk seluruh negeri Victoria - di mana bandar itu berada - kerana, menurut ketua negeri tersebut, James Merlindo, jumlah kluster yang meningkat sebanyak dua kali ganda.

“Kami telah menjumpai lebih banyak bukti yang menunjukkan bahawa kita sedang berdepan varian baharu yang mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi. Ia boleh merebak dengan sangat pantas.

“Situasi ini tidak akan berlaku jika lebih ramai telah diberi suntikan vaksin. Malangnya ia tidak berlaku,” kata James yang menyalahkan Kerajaan Persekutuan atas kelewatan suntikan vaksin COVID-19.

Varian baharu yang menyerang Australia itu dikenali sebagai B1617 - ia juga sedang berleluasa di India.

Kaedah pemutus rangkaian jangkitan yang diberi nama ‘pemutus-litar’ itu direka khas untuk memudahkan tugas pengesan kontak rapat dengan hanya membolehkan penduduk keluar dari rumah untuk membeli barang keperluan dan mendapatkan suntikan vaksin.

Ini adalah kali keempat ‘pemutus-litar’ terpaksa dilaksanakan di Melbourne susulan peningkatan kes jangkitan yang berpunca daripada perlawanan bola sepak, pembukaan kelab malam dan persembahan enakmen semula pertempuran abad pertengahan.

Australia telah merekodkan kira-kira 30,000 kes jangkitan dan 1,000 kematian yang kebanyakannya direkodkan di Victoria. - AFP

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

4

Sukan 2 tahun yang lalu

The Pocket Rocketman Nyatakan Hasrat Mahu Velodrom Asas Di Seluruh Negara

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad