web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesesakan Di Tambak Johor Semakin Berkurang – PM

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 8:17PM

Usaha bersama pelbagai kementerian, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak berkaitan di Singapura menyumbang kepada pengurangan kesesakan di Tambak Johor. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Kesesakan di Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura semakin berkurang hasil usaha bersama oleh pelbagai kementerian di Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak-pihak yang berkaitan di Singapura.

Untuk itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perhargaannya atas sumbangan besar kementerian berkaitan dan Jabatan Kastam yang membantu mengurangkan kesesakan, yang sebelum ini merupakan masalah besar dalam kalangan pekerja Malaysia yang terpaksa bangun pukul 4 pagi untuk menyeberang sempadan antarabangsa yang paling sibuk di dunia itu.

Lebih 350,000 orang menggunakan Tambak Johor setiap hari.

Anwar berkata demikian pada sidang media bersama rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong pada Isnin.

Kedua-dua Perdana Menteri itu bertemu di Singapura untuk sesi Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 yang pertama sejak pandemik COVID-19.

"Singapura memerlukan Woodlands (Woodlands Check Point (WCP)) yang kini di bawah bidang kuasa Malaysia.

"Saya memaklumkan bahawa kita (Malaysia) boleh memudahkan penjualannya (WCP) supaya Singapura mendapat kemudahan itu untuk melancarkan lagi aliran masuk pekerja Malaysia ke Singapura, dan kemasukan rakyat Singapura ke Johor khasnya pada hujung minggu,” katanya.

Sementara itu, Lee berkata Singapura telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menjadikan perjalanan rentas sempadan lebih lancar dan cekap sambil mengekalkan keselamatan sempadan.

“Kami juga telah memulakan pembangunan semula WCP untuk meningkatkan kapasitinya dan memenuhi pertumbuhan jangka panjang untuk perkhidmatan perjalanan rentas sempadan.

"Saya gembira PM Anwar menyambut baik dan menyokong usaha Singapura," kata beliau.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pemukiman itu, Kumpulan Kerja Hubungan Pengangkutan bekerjasama rapat untuk mengukuhkan infrastruktur dan ketersambungan rentas sempadan antara Singapura dan Johor.

Agensi pengangkutan dari kedua-dua negara turut mencapai kemajuan dalam mengukuhkan rangkaian pengangkutan dan memudahkan penumpang, dengan meningkatkan kekerapan perkhidmatan bas rentas sempadan dan memperkenalkan perkhidmatan feri baharu.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) mengunjurkan jumlah trafik di WCP meningkat hampir 40 peratus menjelang 2050. Ini bermakna purata harian kira-kira 400,000 pengembara berbanding tahap sebelum pandemik iaitu kira-kira 300,000 orang pada tahun 2019.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar dan Lee turut menyambut baik kemajuan yang dicapai dalam projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura.

RTS akan menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands North dengan kapasiti puncak seramai 10,000 penumpang sejam, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan di sepanjang Tambak dan mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Singapura.

Anwar dan Lee menyuarakan keyakinan mereka terhadap permulaan perkhidmatan RTS menjelang akhir 2026. Kedua-dua pemimpin turut mengarahkan pegawai mereka untuk terus bekerjasama rapat bagi menjayakan projek RTS berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad