web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Presiden Palestin Sambut Baik Keputusan UNGA Terima Resolusi Mengenai Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 3:18PM

Keputusan sidang khas UNGA semalam mengesahkan sokongan majoriti dunia terhadap rakyat Palestin dan isu Palestin masih mendapat perhatian. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAMALLAH - Presiden Palestin menyambut baik keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang menerima resolusi menyeru gencatan senjata segera, selain bantuan kemanusian serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.

Jurucakap Presiden Nabil Abu Rudeineh menyampaikan penghargaan kepada negara-negara yang menyokong resolusi yang ditaja oleh Jordan itu.

Beliau berkata perkembangan itu mengesahkan sokongan majoriti dunia terhadap rakyat Palestin dan isu Palestin masih mendapat perhatian, lapor Agensi Berita WAFA.

Dengan menerima 120 undi menyokong resolusi itu menunjukkan dunia menolak pencerobohan terhadap wilayah Palestin dan pemindahan paksa dari tanah air mereka.

Beliau berkata dunia mesti melaksanakan resolusi itu dengan serius dan ia hanya boleh dicapai melalui perdamaian, selaras dengan resolusi PBB, undang-undang antarabangsa dan berdasarkan penyelesaian dua negara.

 Resolusi berkenaan diluluskan pada Jumaat dan menurut laman sesawang PBB pengundian pada Sidang Khas Tergempar ke-10 itu menyaksikan resolusi tersebut diluluskan dengan 120 undi menyokong, 14 membantah manakala 45 berkecuali. - BERNAMA-WAFA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran