web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UNGA Terima Resolusi Untuk Gencatan Senjata Segera Dan Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 8:11AM

Sidang Khas Tergempar ke-10 itu menyaksikan resolusi yang ditaja Jordan diluluskan oleh Perhimpunan Agung, dengan 120 undi menyokong, 14 menentang, dan 45 tidak mengundi. - gambar PBB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat menerima resolusi yang menyeru gencatan senjata segera selain bantuan kemanusian serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.

Menurut laman sesawang Berita PBB Pengundian semasa Sidang Khas Tergempar ke-10 itu menyaksikan resolusi yang ditaja Jordan diluluskan oleh Perhimpunan Agung, dengan 120 undi menyokong, 14 menentang, dan 45 tidak mengundi.

Jordan pada awal sesi itu telah mencadangkan penggantungan hujahan negara-negara anggota pada pukul 3 petang Jumaat (waktu New York), untuk memulakan "tindakan segera" terhadap resolusi draf dan hujahan diteruskan selepas itu. Bagaimanapun, pengantungn hujahan itu dibuat pada 3.40 petang.

Resolusi draf yang diketuai oleh Jordan mengenai krisis itu mendapat sokongan awal daripada lebih daripada 40 Negara Ahli, termasuk Mesir, Oman, dan Emiriah Arab Bersatu.

Kanada sebelum itu mencadangkan sedikit pindaan kepada resolusi itu yang membidas tindakan Hamas terhadap Israel tetapi ia gagal mendapat sokongan yang diperlukan. Undian mengenai pindaan itu adalah 85 menyokong, 55 menentang, dengan 23 tidak mengundi, jadi ia gagal untuk mendapatkan majoriti dua pertiga yang diperlukan.

Resolusi ini antara lain menyeru kepada "gencatan senjata kemanusiaan dengan segera, berkekalan, dan berterusan", serta "menuntut" agar semua pihak mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan untuk menyediakan bekalan dan perkhidmatan penting ke Gaza Strip yang "berterusan, mencukupi, dan tanpa halangan".

Sidang tergempar itu diadakan pada 26 Okt sejurus selepas kebuntuan di dalam Majlis Keselamatan dan keadaan yang semakin teruk di dalam Gaza yang terkepung. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran