web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Bincang Konflik Palestin Dengan Liga Muslim Sedunia

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2023 1:07PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung Liga Islam Sedunia, Dr Muhammad bin Abdulkarim Al-Issa hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RIYADH - Konflik Palestin-Israel antara yang dibincangkan Malaysia dengan Liga Muslim Sedunia di sini, malam tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan perkara itu dengan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia Sheikh Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa semasa mengunjungi pejabat liga berkenaan di Rabitah Alam Islami di sini.

Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir.

Perbincangan tertutup mereka antaranya melibatkan isu serangan terhadap Palestin dan kesepakatan yang harus diambil pimpinan negara-negara Islam dan rangkaian ulama sedunia berhubung konflik itu.

 Turut dibincangkan ialah isu dakwah dan pendidikan Islam bersempena Muzakarah Ulama' Antarabangsa yang akan dianjurkan di Malaysia kelak.

Anwar berada di sini  bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang berakhir semalam.

Dalam ucapan pada sidang kemuncak itu semalam, Anwar menggesa masyarakat antarabangsa agar menoktahkan layanan kejam serta sikap hipokrasi secara terang-terangan terhadap rakyat Palestin.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa tidak lagi boleh menutup mata terhadap kekejaman itu dan mesti mengambil tindakan untuk menangani punca konflik Palestin-Israel.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mencadangkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif ASEAN-GCC) (CEPA) untuk memaksimumkan potensi ekonomi kedua-dua rantau itu.

Menurutnya hubungan ASEAN-GCC kini semakin berkembang kukuh sejak kali pertama ia terjalin secara rasmi pada 1990. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad