web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Putera Mahkota Bahrain Gesa Buka Koridor Bantuan Kecemasan Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 12:48PM

Penduduk Palestin di Semenanjung Gaza berdepan krisis apabila bekalan elektrik dan air dipotong Israel. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANAMA - Putera Mahkota Bahrain Salman bin Hamad Al-Khalifa pada Jumaat menekankan keperluan segera untuk koridor bantuan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan, makanan, perubatan, air dan elektrik dapat disalurkan ke Gaza, di tengah-tengah serangan udara Israel.

Pemangku Raja itu berkata demikian semasa pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony J. Blinken yang kini sedang melakukan lawatan ke Asia Barat, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Bahrain BNA.

Kedua-dua pemimpin itu membincangkan hubungan antara kedua-dua negara, perkembangan serantau dan antarabangsa serta situasi terkini di Gaza.

Putera mahkota turut menekankan mengenai sokongan Bahrain terhadap usaha mengurangkan ketegangan dan keamanan untuk menggalakkan keselamatan dan kestabilan serantau.

Israel telah mengabaikan gesaan antarabangsa untuk menghentikan serangan, selain memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza, memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di kawasan yang telah disekat itu.

Semenanjung Gaza yang dihuni hampir 2.2 juta penduduk Semenanjung Gaza telah lama bergelut di bawah sekatan Israel sejak 2007. - BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad