web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Sampaikan Khutbah Jumaat Di ICCNY New York

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 8:13AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York, di sini, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan khutbah Jumaat di Islamic Cultural Centre of New York (ICCNY), di sini.

Anwar yang berada di sini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-78, adalah pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di pusat itu, yang juga masjid pertama dibuka di bandar raya New York.

Dalam khutbahnya yang disampaikan di hadapan lebih 800 jemaah, Anwar berkongsi pengalaman Malaysia dalam menguruskan masyarakat berbilang kaum dan agama.

"Kami sentiasa cuba menggalakkan persefahaman, toleransi dan keperluan untuk memahami budaya dan agama orang lain. Ia penting bagi kami untuk hidup rukun damai dan harmoni," katanya.

Pada masa yang sama, perdana menteri berkata umat Islam perlu mengukuhkan perpaduan sesama mereka, serta memperoleh maklumat dan pengetahuan.

Anwar turut mengambil kesempatan untuk menjelaskan konsep 'Malaysia MADANI' yang diperkenalkannya di Malaysia serta ancaman Islamofobia di seluruh dunia.

“Apabila kejadian membakar Al-Quran berlaku, Malaysia mencetak satu juta naskhah Al-Quran untuk diedarkan ke seluruh dunia. Malah, kami hantar 15,000 naskhah ke Sweden supaya mereka dapat melihat dan memahami, dan bukan bergaduh kerana jahil,” katanya.

Imam pusat itu, Saad Jalloh berkata hari ini adalah detik bersejarah bagi pusat itu, menerima kehadiran Anwar dan rombongannya, kerana menurutnya Anwar adalah pemimpin pertama melawat masjid berkenaan.

Anwar juga diberi peluang untuk memimpin 'syahadah' seorang lelaki yang dikenali sebagai Andrew Vinals, yang memeluk Islam selepas solat Jumaat.

Perdana Menteri ketika itu baru sahaja hendak keluar dari dewan solat apabila diumumkan ada seorang lelaki yang berhasrat memeluk agama Islam, dan mereka menyeru perdana menteri untuk menyempurnakan pengislaman lelaki itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 18 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

4

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran