web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia, Turkiye Sepakat Tangani Ancaman Islamofobia

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 10:51AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan bersetuju mempertingkatkan usaha kerjasama dan strategi mengekang bagi gerakan membenci Islam. - gambar Pejabat Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Malaysia dan Turkiye mencapai kesepakatan untuk menangani ancaman Islamofobia dan perkauman menerusi pelbagai langkah yang sedang dan akan dilaksanakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan bersetuju mempertingkatkan usaha kerjasama dan strategi mengekang bagi gerakan membenci Islam oleh pihak tertentu yang berpusat di serata dunia.

“Kita membincangkan sikap prasangka melampau terhadap apa juga Islam di barat dan negara lain. Dalam pertemuan saya dengan Presiden Erdogan, kami bersetuju meningkatkan usaha ke arah kerjasama dan strategi mengatasai masalah sedemikian,” kata Perdana Menteri pada satu sidang media.

Kedua-dua pemimpin yang hadir di New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 sebelum itu mengadakan pertemuan dua hala di Turkish House di sini, hari ini.

Menurut Anwar, Turkiye akan melaksanakan strategi berkenaan di lokasi kegiatan yang berpusat di Eropah dan Timur Tengah, manakala Malaysia bertumpu di rantau Asia.

"Ada beberapa siri persidangan telah dianjurkan sebelum ini dan akan diteruskan. Perbincangan lanjut mengenai usaha menangani Islamofobia ini akan diteruskan semasa Erdogan melawat Malaysia Disember ini,” katanya.

Anwar berkata selain persidangan dan penerangan, penerbitan untuk menjawab prasangka dan sikap melampau terhadap Islam kepada masyarakat dunia juga akan turut dibuat, antaranya penerbitan lebih 100,000 naskah al-Quran yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

Usaha ini katanya termasuk 15,000 naskah terjemahan kitab suci itu ke dalam bahasa Sweden yang telah dihantar ke negara berkenaan.

Ia disebarkan ke pusat pengajian, universiti dan masjid. Naskah terjemahan al-Quran juga dihantar ke Australia, Amerika Syarikat dan negara lain.

Selepas pertemuan lebih 30 minit itu, kedua-dua pemimpin turut mengeluarkan satu kenyataan bersama mengenai “Increasing Hatred, Intolerance, Discrimination and Acts of Violence Against Muslims and Their Sanctities.”

Dalam kenyataan itu, Anwar dan Erdogan menyatakan kebimbangan mengenai ancaman Islamofobia yang semakin berleluasa, pembakaran al-Quran di beberapa negara Eropah dan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kerajaan di seluruh dunia meningkatkan usaha ke arah mewujudkan toleransi agama. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar