web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raja Muda Perlis Perkenan Lancar ‘Perlis Ice Cream’ Di Mokti’s Turkiye

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 12:22PM

Perlis Ice Cream adalah variasi aiskrim unik dan menggambarkan warna bendera Perlis. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan 'Perlis Ice Cream" di Mokti’s Turkiye di sini.

Pengasas Mokti's Ice Cream Siti Fatimah Adnan yang juga dikenali sebagai ‘Ratu Aiskrim Malaysia' berkata usaha itu merupakan langkah signifikan bagi membawa Perlis Ice Cream ke peringkat antarabangsa yang secara tidak langsung memperkenalkan negeri Perlis.

"Aiskrim ini merupakan cetusan idea Raja Muda Perlis dan saya menerima titah Raja Muda melalui anakanda kedua baginda Sharifah Farah Adriana beberapa bulan yang lalu, yang meminta agar Mokti's mengeluarkan satu variasi aiskrim yang unik dan menggambarkan warna bendera negeri Perlis dan dinamakan sebagai 'Perlis Ice Cream'," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Turut berangkat anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Hadir sama Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Mokti’s Pengiran Muhammad ‘Adil Awang Iskanderdzulkarnain dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP kini dalam Jelajah Ilmu UniMAP ke-17 ke negara Baltik, yang bermula 10 Sept lepas dan berakhir hari ini.  

"Perlis Ice Cream bukan sekadar untuk menjanjikan kepuasan ke atas produk tetapi juga bertujuan untuk memperkenalkan keindahan negeri Perlis bersempena dengan kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025 seperti yang dihasratkan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra," katanya dan menambah Mokti’s kini mempunyai 95 cawangan di seluruh Malaysia selain satu di Turkiye.

Dalam perkembangan lain, rakyat Malaysia yang melancong di Turkiye, terutamanya di bandar raya ini, dinasihatkan sentiasa membawa dokumen pengenalan diri dan mengemukakannya kepada pihak berkuasa apabila diminta.

Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata rakyat Malaysia juga disarankan untuk mengambil insurans perjalanan bagi mengelakkan kesulitan di luar negara sekiranya ditimpa perkara tidak diingini.

"Bagi yang memerlukan sebarang bantuan konsular ketika di Istanbul atau kawasan sekitar dengannya bolehlah berhubung dengan pihak Konsulat melalui e-mel [email protected] atau talian +90 212 989 10 01," katanya.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyerahkan sumbangan bantuan Ibnu Sabil daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM5,000 kepada Tengku Mohd Dzaraif di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul.

Bantuan Ibnu Sabil merupakan inisiatif murni pihak MAIPs yang diberikan kepada Pejabat Perwakilan Diplomatik terpilih di luar negara untuk digunakan bagi membantu warganegara Malaysia yang mengalami kesusahan di perantauan.

Menurut Tengku Mohd Dzaraif, bandar Istanbul merupakan destinasi pelancongan popular yang dikunjungi lebih 90,000 pelancong Malaysia tahun lepas dan 114,000 orang pada 2019. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad