web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Australia Sokong Filipina Mengenai Tuntutan Di Laut China Selatan

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 4:36PM

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese. - gambar Agensi Anadolu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Canberra dan Manila bersetuju mengenai keperluan untuk mempertahankan undang-undang antarabangsa mengenai isu keselamatan, kata Perdana Menteri Australia Anthony Albanese pada Jumaat semasa mengadakan lawatan rasmi ke Filipina, lapor Agensi Anadolu.

“Kami mempunyai tanggungjawab kolektif terhadap keselamatan, termasuk sokongan kepada Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS), itu sangat penting,” kata Albanese kepada Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. di Manila.

Sokongan Canberra terhadap Manila adalah berkaitan dengan tuntutan maritim bertindih antara China dan Filipina di Laut China Selatan yang dipertikaikan.

“Australia menyokong… keputusan timbang tara Laut China Selatan 2016. Itu adalah muktamad dan ia mengikat dan penting untuk dipertahankan pada masa hadapan,” kata Albanese, menurut keterangan yang dikeluarkan oleh pejabat Marcos.

Albanese ialah perdana menteri Australia pertama melawat Filipina sejak 2003 dan kedua-dua pihak sedang meningkatkan hubungan dua hala kepada "perkongsian strategik."

Tuntutan wilayah di Laut China Selatan tetap diperdebatkan walaupun gesaan untuk mengadakan rundingan dan mengelakkan pelanggaran kedaulatan berulang kali dibuat.

Marcos menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Australia kerana "menyokong Filipina dalam tuntutannya ke atas Laut Filipina Barat dan kerana menggalakkan negara itu untuk kekal teguh melindungi wilayahnya."

“Terima kasih kepada anda, Perdana Menteri, atas sokongan padu yang anda berikan untuk Filipina,” kata Marcos kepada Albanese. - BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran