web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai Veterinar Australia Nafi Penularan LSD Susulan Sekatan Import Lembu

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 2:45PM

Australia menolak dakwaan penyakit kulit berketul terdapat di utara negara itu. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CANBERRA - Pihak berkuasa menafikan penyakit kulit berketul (LSD) terdapat di utara Australia selepas Indonesia mengehadkan lagi import lembu hidup dari negara itu, lapor Xinhua.

Pemangku Ketua Veterinar Australia Beth Cookson dalam satu kenyataan pada Isnin berkata ujian terhadap lebih 1,000 ekor lembu merentasi 2,800 kilometer (km) di utara Australia tidak mengesan sebarang kesan LSD.

Beliau berkata ujian itu dilakukan atas permintaan pihak berkuasa di Indonesia dan Malaysia selepas LSD dikesan pada lembu asal Australia selepas tiba di Indonesia.

Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan pada Isnin bahawa pegawai Indonesia pada Sabtu menyekat import dari dua kawasan lembu di Australia Barat selepas mengesan lapan kes LSD pada lembu yang diimport dari kawasan itu.

Pada Julai, eksport dari empat kemudahan telah digantung apabila pihak berkuasa Indonesia menemui 13 kes LSD pada lembu Australia.

Bagaimanapun, Cookson dalam kenyataan itu berkata tiada bukti bahawa lembu itu dijangkiti di Australia.

"Ujian kami tidak mengesan LSD di Australia dan status penyakit kami tidak berubah," katanya.

"Keputusan ujian negatif menyerlahkan sistem berkesan Australia untuk pemantauan penyakit haiwan yang berterusan, termasuk LSD."

Menurut laporan dalam akhbar News Corp Australia pada Selasa, Cookson akan bertemu dengan pegawai Indonesia pada Khamis untuk membincangkan pembatalan penggantungan itu. - BERNAMA-XINHUA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar