web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raja Thailand Perkenan Pembentukan Kabinet Baharu

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 3:59PM

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Raja Thailand Maha Vajiralongkorn hari ini memperkenankan anggota Kabinet baharu Perdana Menteri Srettha Thavisin, beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei.

Perkara itu diumumkan dalam Warta Diraja pada Sabtu.

Perdana Menteri Thailand ke-30 Srettha juga memegang jawatan menteri kewangan, satu langkah untuk memulihkan ekonomi kerajaan.

Kabinet Srettha mempunyai enam timbalan perdana menteri iaitu Phumtham Wechayachai, Somsak Thepsuthin dan Pranpree Bahiddha dari Parti Pheu Thai. 

Timbalan perdana menteri yang lain ialah Anutin Charnvirakul dari Parti Bhumjaithai, adik kepada Timbalan Perdana Menteri Prawith Wongsuwan, Patcharawat Wongsuwan (PPRP), dan ketua parti UTN, Pirapan Salirathavibhaga.

Parti Pheu Thai, yang mengetuai gabungan 11 parti, memegang portfolio pertahanan, pengangkutan, perdagangan, kesihatan awam, ekonomi digital dan masyarakat, pelancongan dan sukan, kebudayaan dan kementerian luar.

Sementara itu, Parti Bhumjaithai, parti kedua terbesar dalam gabungan itu, memegang portfolio kementerian dalam negeri, pendidikan, buruh, pendidikan tinggi, sains, penyelidikan dan inovasi.

Parti Palang Pracharath juga memegang portfolio sumber asli dan alam sekitar, serta pertanian dan koperasi. United Thai Nation (UTN) akan menyelia tenaga dan industri.

Ketua parti Chart Pattana Kla Party, Varawut Silpa-archa telah dinamakan sebagai menteri pembangunan sosial dan keselamatan manusia manakala Setiausaha Agung Parti Prachachat Pol Kol Thawee Sodsong ialah menteri keadilan yang baharu.

Anggota Kabinet baharu seramai 33 ahli dijangka mengangkat sumpah di hadapan Raja Thailand dan menyampaikan kenyataan dasar di Parlimen. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Politik 19 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

4

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar